Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada susulan dakwaan kewujudan penipu asing yang aktif menyasarkan orang awam di kawasan lapangan terbang, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut perkongsian yang tular di media sosial, golongan penipu ini kebanyakannya terdiri daripada wanita yang berpakaian kemas dan kelihatan meyakinkan, sekali gus menyebabkan ramai yang terpedaya.
Artikel berkaitan: Elak ‘Scammer’, Khairul Aming Mohon Pelanggan Yang Berjaya Tempah Slot Rembayung Agar Tidak Kongsi ‘Screenshot’
Artikel berkaitan: Lubuk ‘Online Scammer’ Diserbu, Kemboja Tahan 75 Suspek
Difahamkan, mereka sering menghampiri individu di kawasan pintu keluar lapangan terbang dengan menyampaikan kisah sedih, antaranya mendakwa kehabisan wang selepas berjudi di kasino Genting Highland, Pahang dan tidak mempunyai wang untuk makan selama beberapa hari.
Lebih membimbangkan, penipu terbabit dikatakan akan berjanji untuk memulangkan wang kepada mangsa sekiranya bantuan diberikan, namun hakikatnya ia hanyalah helah untuk memperdaya.
Setakat ini, pemerhatian mendapati negara-negara yang terkesan adalah negara yang baru melaksanakan kemudahan bebas visa dengan China, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan individu tidak dikenali dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
Sumber: X
