in

Sayur Tak Terjual Akibat Pandemik, Petani Di Indonesia Terpaksa Beri Percuma Pada Orang Ramai

Untitled Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dulu, kita ada dengar keluhan golongan petani yang risau lambakan hasil tuaian mereka tidak terjual kerana kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup.


Kemudian orang kita mula beralih kepada alternatif jual beli sayur-sayuran dari dalam talian.

Tapi lain pula kisahnya di Indonesia, apabila petani mereka turut berdepan masalah sama — dan akhirnya terpaksa memberi hasil tani mereka secara percuma kepada orang ramai, kerana tidak laku dan bimbang terbuang begitu saja tanpa dapat dimanfaatkan.

Rakaman yang dikongsi menerusi laman Twitter @merapi_news baru-baru ini, menunjukkan aksi petani saling ‘berbagi’ sayuran mereka kepada pengguna jalan raya menjadi tular di media sosial.

Video itu setakat ini telah mendapat kira-kira 1.1 juta tontonan.

Selain itu, dalam satu rakaman lain di lokasi yang sama — kelihatan salah seorang petani turut membuang sayurnya ke dalam sungai, namun tidak dapat dipastikan kenapa.

Bagaimanapun, tindakan membuang sayur ke dalam sungai itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkannya sebagai satu pembaziran.

1 12

2 9

 

Sebenarnya teruk juga golongan petani di sana terkesan gara-gara perintah lockdown yang dikuatkuasakan pemerintah Indonesia, sehingga mereka kerugian berjuta-juta rupiah.

Harapnya ada jalan penyelesaian terbaik buat mereka, agar semua pihak dapat saling berkongsi rezeki dan memanfaatkan sumber yang ada sebaiknya ketika waktu-waktu sukar ini.

 

Baca: “Lepas ni ketua keluarga dah tak perlu asyik pergi pasaraya” – Senang Je Sebenarnya Nak Simpan Sayur Bagi Tahan Lama

U

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.