in

“Sayang, buka pintu ni” – [VIDEO] Dah Ceraikan Talak 3, Lelaki Panjat Pagar Rumah Minta Ex Wife Terima Semula

Ft Suami Gila Talak Panjat Pagar Merayu

Siapa mahu perkahwinan yang dibina hancur di tengah jalan, kan? Tapi ada juga kes di mana pasangan yang sudah bercerai rujuk semula atas beberapa faktor. Namun, kisah dikongsi seorang wanita di TikTok baru-baru ini agak menakutkan kerana bekas suami datang ‘menagih’ kasihnya hingga sanggup ceroboh kawasan rumah.

Menerusi perkongsian @missmiraie, bekas suaminya didapati telah memanjat pagar rumah ibu bapanya dan merayu untuk berjumpa dengannya. Dalam rakaman video itu, bekas suaminya dilihat mengintai ke dalam dari tingkap rumah dan memanggilnya berkali-kali,

Sayang, buka pintu sayang.”

Suami1

Cerai1

 

Bagi alasan nak jumpa anak, padahal…

Difahamkan, dia telah diceraikan bekas suaminya itu dengan talak 3 kerana lelaki tersebut mahu bernikah dengan wanita lain. Laporan polis kemudian dibuat dan berdasarkan video tersebut, boleh dilihat ada sebuah kereta polis di hadapan pagar rumah ibu bapanya itu.

Bagaimanapun, menurutnya bekas suami telah dibebaskan selepas dia memberikan alasan datang ke rumah bekas mentua untuk berjumpa dengan anak. Namun katanya itu hanyalah helah untuk dilepaskan daripada pihak polis sedangnya sebenarnya dia mahu mereka kembali bersama.

Katanya nak jumpa anak tapi hakikat nak paksa kita balik pada dia.”

Cerai2

@cikmighaie

Reply to @purple_heart74 saya tunaikan 😘 #masukberanda #tiktokmalaysia

♬ original sound – MissMiraie – Hakak Mira 💙

 

“Takut betul kalau laki macam  ni”

Melalui ruangan komen, ramai yang memberikan nasihat kepadanya agar berhati-hati selepas ini terutamanya jika berseorangan atau ketika keluar rumah kerana takut bekas suami lakukan sesuatu di luar kawalan.

Ada juga yang berkongsi pengalaman lalui kisah yang sama di mana mereka diganggu bekas suami kerana mahu kembali rujuk serta ada yang turut berkata tawar hati membuatkan mereka tidak kembali kepada bekas suami.

Komen 1

Komens

Memang takut bila ‘dihantui’, dikejar dan diikuti bekas pasangan macam ni. Bukan setakat annoying, tapi risau juga dengan keselamatan diri kan.

Baca: [VIDEO] Petugas Kongsi Kisah Warga Emas ‘Diabai’ Anak Sebab Khusyuk Main ‘Game’, Terpaksa ke PPV Sendiri

Fi Pakcik

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok