in

[VIDEO] Petugas Kongsi Kisah Warga Emas ‘Diabai’ Anak Sebab Khusyuk Main ‘Game’, Terpaksa ke PPV Sendiri

Fi Pakcik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan kadar peningkatan kes yang harian yang mencecah lima angka sejak beberapa minggu ini, semestinya setiap rakyat Malaysia mahu menerima vaksin dengan kadar segera lagi-lagi golongan warga emas.


Namun kisah yang dikongsikan petugas di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ini, boleh mengundang sebak pada pembaca.

 

Warga emas datang PPV seorang diri

Lebih kurang sejak dua hari yang lalu, viral sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Melia menceritakan kisahnya ketika bertugas di sebuah PPV.

Dalam satu posting Melia yang dimuat naik di TikTok, dia menceritakan kisah luahan hati seorang ‘pakcik’ yang begitu marah dengan anaknya sendiri.

Menurutnya, pakcik tersebut meminta anaknya tolong hantar pergi ke PPV untuk dia menerima vaksin. Lelaki tersebut dengan tercungap-cungap, menceritakan yang dia berulang kali melihat anaknya yang masih tak bersiap untuk menghantar ayahnya itu sebab terlampau asyik dengan main game.

“Dari pagi suruh anak hantar untuk dos kedua, anak dia kata okay sekejap. Bila tengok dalam bilik, tak bersiap lagi. Tengok lagi, tak bersiap lagi.

“Sampai ke petang tadi, tak siap-siap lagi dan akhirnya pakcik tu pergi sendiri. Sedih, korang tahu tak sedih? Dah la pakcik tu tercungap-cungap.” jelas Melia

Akhirnya sebab dah tak boleh nak sabar lagi, pakcik berkenaan nekad untuk pergi ke PPV dengan sendiri pada petang berkenaan.

@lilowhoeversheis

Never ending story?? #vaccine #SokongMalaysia #buwatjetiktok #Shadowbanned

♬ It ’s a song that imagines loneliness.(908945) – ARCADE

Akui terlampau terkilan dengan situasi yang terjadi, Melia turut berpesan kepada anak-anak yang masih mempunyai kedua ibu bapa sepatutnya meluangkan masa bersama mereka.

Dia juga meluahkan, bahawa dia teringin sangat nak buat perkara sebegitu kepada ayahnya, tapi apakan daya orang tuanya itu sudah tiada lagi.

“Aku ni nak sangat buat benda macam ni, tapi bapa aku dah takde. Sampai pakcik tu cakap ‘memang tak selamat la anak-anak buat bapa macam ni’… Tolong luangkan masa untuk mereka,” ujarnya lagi.

 

“They will never appreciate till they lost them”

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa dan sedih dengan kisah dikongsi oleh Melia. Ramai juga mempersoalkan kenapa anak-anak susah nak bantu ibu bapa mereka, dan ada juga menyifatkan bahawa mereka akan menyesal bila kedua ibu bapa sudah tiada nanti.

Reak Pakcik 1 Edit Reak Pakcik 2 Edit Reak Pakcik 3 Edit Reak Pakcik 4 Edit

Hargai kedua ibu bapa kita. Kita cuba untuk berbakti kepada mereka walaupun sedikit.

 

Baca : “Jgn nyesal kemudian hari” – Sukarelawan Sedih Dengar Luahan Makcik Tua, Anak Menantu Merungut Nak Bawa Mak Pergi Vaksin

Foot Pakcik

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.