in

“Saya yakin dia daripada suaranya” – Peminat Terkejut Kefli AF3 Sekarang Jadi Penghantar Makanan?

Ft Kefli Food Rider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tahun 2005, pasti ramai yang ingat kehangatan Akademi Fantasia musim ketiga dimana ia boleh dikatakan sebagai satu fenomena. Kalau ingat balik, setiap minggu pasti kena layan dan suka tengok drama-drama yang terjadi dalam program Diari AF.


Bagi yang mengikutinya pasti akan ingat nama salah seorang ‘pelajar’ iaitu Kefli, ia menjadi perhatian apabila bekas peserta AF itu kini dikatakan bekerja sebagai penghantar makanan.

 

Muka terpampang sebagai penghantar makanan

Ia didedahkan menerusi Gempak selepas ada peminatnya mendedahkan sewaktu menempah makanan menerusi satu aplikasi dan terkejut apabila penghantar makanan itu dipercayai Kefli selepas nama penuh dan wajah penghantar tersebut terpapar di skrin telefonnya.

Kefli Food Rider

“Apabila mahu mengambil pesanan, saya yakin dia adalah Kefli daripada gaya suaranya. Cuma dia ada memberitahu air saya yang pesan tertinggal di kedai.”

Katanya lagi, penghantar makanan yang dipercayai Kefli itu memohon maaf berkali-kali. Malah mencadangkan supaya pelanggan ini untuk membuat laporan kepada syarikat itu jika tidak berpuas hati.

“Begitupun saya tidak sampai hati berbuat demikian. Tak mengapalah.”

Malah, individu tersebut turut mendoakan agar Kefli dilimpahkan rezeki walaupun apa jua keadaan.

“Semua orang ada struggle masing-masing dan dia masih mencari rezeki yang halal. Saya harap dia kembali ke bidang seni dan meneruskan kerjayanya sebagai pelakon dan juga penyanyi.”

Untuk rekod, Kefli adalah peserta AF3 yang mempunyai ramai peminat, namun tersingkir di minggu kesembilan.

 

Baca : “Patut umur macam ni berehat” –  Netizen Sebak Lihat Atuk Usia 68 Tahun Jadi ‘Rider’ Untuk Sara Hidup

Collage 39

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.