in

Lelaki Upah Kanak-kanak 8 Tahun RM3, Lepas Dah R*gol Untuk Tutup Mulut

Ft Lelaki Rgol Umur 8 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki tergamak merogol seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 8 tahun, lebih keji lagi, penganggur berusia 49 tahun itu menghulurkan RM 3 sebagai upah untuk ‘tutup’ mulut.

Perbuatan terkutuk itu akhirnya telah mengundang padah apabila lelaki tersebut dihukum penjara 10 tahun dan 2 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.


Artikel berkaitan: Ibarat Haruan Makan Anak, Bapa Dipenjara 39 Tahun Sebab R*gol Anak Sendiri 

Artikel berkaitan: Remaja 15 Tahun Didakwa Jadi Mangsa R*gol & Rompak Ketika Sedang Jogging

Pelaku, Hilmee Kusnan dikenakan hukuman tersebut selepas menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan merogol dan amang seksual, semasa prosiding yang ditetapkan untuk perbicaraan hari pertama di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjaran 10 tahun dan satu sebatan pertuduhan merogol manakala jel 4 tahun dan satu lagi sebatan bagi kes amang seksual.

Hakim telah memerintahkan hukuman itu berjalan dengan serentak bermula dari tarikh pelaku ditangkap pada 5 September tahun lalu.

Mahkamah juga mengarahkan kedua-dua pertuduhan, Hilmee didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan semasa kejadian yang pada itu berusia 9 tahun di sebuah unit pangsapuri di Cheras di sini, jam 10.30 pagi pada 4 September 2025.

Screenshot 2026 07 03 170246

Bagi pertuduhan merogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 376(2)(e) kanun sama yang memperuntukkan pemenjaraan antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan amang seksual dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017, ia memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa pada waktu itu membeli pisang goreng di sebuah gerai yang berhampiran dengan rumah, mangsa memasuki lif bersama seorang lelaki yang tidak dikenali yang juga merupakan tertuduh.

Tertuduh telah menarik mangsa ke rumahnya lalu melakukan perbuatan terkutuk itu. Tertuduh kemudiannya hantar mangsa ke lif dan menyuruhnya pulang sebelum menghulurkan RM 3 sambil memberi amaran supaya tidak menceritakan kepada sesiapa.

Mangsa yang kemudiannya pulang dan bersiap ke sekolah ada memaklumkan kejadian itu kepada rakan semasa menunggu bas. Ibu mangsa segera mengambil mangsa di sekolah dan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa ada kesan koyak pada kemaluan mangsa dan tertuduh ditangkap sehari selepas kejadian.

Semasa prosiding, peguam, Dr Mohamad Ismail Yunus yang mewakili tertuduh merayu supaya anak guamnya dikenakan hukuman minimum kerana kes ini merupakan kesalahan pertamanya.

“Dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau maka saya mohon tertuduh dikecualikan daripada hukuman sebatan kerana dia mempunyai penyakit kencing manis.”

Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Shakira Aliana Alias mencadangkan, tertuduh dikenakan hukuman berat dengan mengambil kira umur mangsa yang masih kecil.

“Kejadian ini meninggalkan trauma kekal terhadap mangsa.”

Sumber : Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.