in

“Patut umur macam ni berehat” – Netizen Sebak Lihat Atuk Usia 68 Tahun Jadi ‘Rider’ Untuk Sara Hidup

collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan dari kita memang ada soft spot untuk warga emas. Bila kita nampak orang tua sedang berjalan sorang-sorang pun boleh rasa sedih sebab teringat dekat ibu ayah di kampung.

Jumpa atuk jadi rider

Screenshot 2021 11 19 at 11.57.57 AM

Lagi menyedihkan bila kita lihat warga emas yang sepatutnya di akhir-akhir usia ini duduk di rumah dan berehat tapi disebabkan kekangan kewangan, mereka masih perlu bekerja kuat hanya untuk mencari sesuap nasi.


Macam baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @danielashraf telah kongsikan video dia bertemu dengan seorang lelaki berusia 68 tahun yang terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan untuk menyara hidupnya.

Dalam video dekat bawah ni, korang boleh tengok yang lelaki tersebut masih gagahkan diri untuk bergerak walaupun fizikalnya kelihatan membongkok.

Menurut Ashraf, pak cik ini baru sahaja dua bulan mula menjadi rider penghantar makanan dan sebelum ini dia pernah bekerja sebagai pemandu lori. Selalu kerja kuat ni…

@danielashraffffffff

kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab? #fyp #fypシ #fypdongggggggg #sedih

♬ original sound – BrassicaOlerasia91 – DamianaJun PakarTilam Handmade

“Jalan pun macam tak larat tu”

Rata-rata netizen yang melihat video ini turut kongsikan rasa sebak mereka melihat orang seusia ini masih perlu bekerja keras dan ada juga yang berhasrat untuk membantu pak cik ini dari segi kewangan.

Screenshot 2021 11 19 at 11.48.35 AM down

Alahai, sesiapa yang ada terjumpa atau dapat rider ni bila order makanan hopefully bolehlah bagi tip sikit eh untuk dia. Moga pak cik ni dimurahkan rezeki dan sentiasa selamat.

 

Baca: “Sedihnya” – Warga Emas Hidup Susah, Isi Minyak 64 Sen Je Sehari Buat Ramai Simpati

Screenshot 2021 11 19 at 12.07.41 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.