in

“Saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah” – Isma Halil Tulis Nota Dari Penjara Sungai Buloh Nafi Terlibat Kes Dadah

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa bulan lalu, tular di media mengenai seorang penyampai radio lelaki telah ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja.


Laporan tangkapan yang ditularkan di aplikasi WhatsApp menunjukkan salinan polis mengatakan sebanyak 22 paket plastik berisi ketulan mampat dan ceraian daun kering disyaki ganja seberat 447.44 gram telah dirampas melalui serbuan di rumah penyampai radio tersebut di Kuala Lumpur.

Selain itu, ia juga turut memberitahu bahawa suspek tersebut mengaku bahawa dadah tersebut adalah miliknya dan mula terlibat dalam aktiviti penagihan dadah ganja ini sejak tahun 2011.

Img 3031

Nafi terlibat dadah?

Baru-baru ini, penyampai radio Bapakku FM, DJ Isma Halil Hamzah telah menulis nota ringkas dari dalam penjara Sungai Buloh memohon maaf serta turut menjelaskan bawahan tuduhan berkaitan dadah ke atasnya adalah fitnah.

Terima kasih kepada semua sahabat yang saya ada. Dan saya sihat adanya di Sungai Buloh Ini.

“Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kepada saya.

“Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi. Sabarlah semua sahabat. Berpisah adalah untuk bertemu lagi. Terima kasih kerana menyokong saya.”

Nota ringkas tersebut telah diberikan kepada peguamnya Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain semasa mereka bertemu di penjara, lapor Utusan.

Menerusi Facebook, Zaharil menjelaskan yang Isma Halil masih belum dituduh mahu pun dibicarakan lagi dan meminta agar mana-mana pihak tidak timbulkan spekulasi mengenai penyampai radio tersebut.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pada petang semalam, saya bersama Adi Zulkarnain telah ke Penjara Sungai Buloh…

Posted by Ahmad Zaharil Muhaiyar on Monday, November 29, 2021

Untuk pengetahuan korang, Isma kini sedang ditahan reman di Penjara Sungai Buloh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Sebelum ini, dalam tangkap layar yang tular itu juga turut memberitahu bahawa keputusan ujian air kencing lelaki tersebut disahkan positif dadah jenis THC.

 

Baca: Ruangan Komen Diserbu Netizen Lepas Viral Kes Ditahan Polis Kerana Positif Dadah, Ini Respon Anju…

Screenshot 2021 12 02 At 12.47.02 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.