in

“Saya terlalu emosi” – Wanita Tersilap Sebar Gambar Lelaki Di Facebook, Tuduh Jadi Pembunuh

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 15 November yang lalu, tiga beranak ditemui meninggal dunia di rumah mereka kerana dipercayai telah dibunuh dengan kejam oleh individu tidak bertanggungjawab. Sejurus selepas kes berkenaan diketahui ramai, tular di media sosial gambar seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang kes pembunuhan tersebut.


Wanita bernama Kha Leng Siew yang menyebarkan gambar itu merupakan adik kepada seorang mangsa yang terbunuh. Kerana terlalu ikutkan emosi, Siew telah bertindak menyebarkan gambar seorang lelaki dikenali sebagai Khong Krassim dan menuduh lelaki itu sebagai pembunuh ahli keluarganya. 

S2 2
sumber: sinar harian

Menurut Berita Harian, Siew yang dikatakan memuat naik gambar lelaki berusia 30 tahun tersebut di Facebook pada hari kejadian mengaku bahawa dia telah tersilap memuat naik gambar dan tersalah menuduh Khong sebagai pembunuh kerana lelaki itu bukanlah pembunuh yang sebenar! Boleh pula macam tu…

Wanita berusia 33 tahun itu mengakui bahawa dia terlalu emosi sebaik melihat mayat abang, kakak ipar dan anak saudaranya di lokasi kejadian dan memuat naik gambar Khong kerana wajah lelaki itu seiras dengan suspek yang diumumkan polis.

“Gambar lelaki itu diambil di Facebook dan saya menyiarkan gambarnya ketika berada di lokasi kejadian.”

S4 2
sumber: harian metro

“Saya kebingungan dan tidak tahu mengapa terlalu emosi sehingga menyiarkan gambar lelaki itu di Facebook dengan mengaitkan dia sebagai pembunuh ahli keluarga saya sedangkan saya langsung tidak mengenalinya.”

Siew memaklumkan dia kemudiannya telah memadam entri gambar tersebut apabila pihak polis mengesahkan bahawa lelaki itu tiada kaitan dengan kes pembunuhan ahli keluarganya. Pun begitu, semuanya sudah terlambat kerana gambar tersebut sudah dikongsi oleh orang ramai.

S3 2
sumber: harian metro

Niat memperbetulkan kesilapan, keluarga mangsa bunuh itu tampil bagi memohon maaf kepada Khong kerana telah mencalarkan imejnya. Siew juga dilihat menangis pada sidang media permohonan maaf tersebut. Kakak Khong, Thassi Eh Chong walau bagaimanapun telah menerima permohonan maaf yang diberikan.

“Memang kami terkejut malah ramai kenalan bertanya sama ada benar (atau tidak). Apabila diterangkan mereka faham, cuma kita jelaskan untuk pastikan masyarakat tidak buat cerita lagi. Kami pun sudah maafkan keluarga Kha,” kata ahli keluarga Khong.

S1 2
sumber: berita harian

Pun begitu, Thassi masih menganggap perkara tersebut sebagai satu kesalahan besar kerana mengaitkan adiknya sebagai pembunuh. Imej keluarga Thassi turut tercalar kerana ramai yang bertanyakan kesahihan berita sekiranya adiknya benar-benar membunuh tiga beranak tersebut.

Berfikirlah dahulu sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial. Dalam kes seperti ni, maruah dan imej individu yang tak bersalah menjadi taruhan. Tak pasal-pasal kena tuduh jadi pembunuh.

Baca: Bekas Ketua Polis Terlepas Tindakan Undang-undang Selepas Tersalah Tembak Lelaki

Adkdld

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.