Lately ni banyak betul kes saman yang mengarut-ngarut. Kadang-kadang, sebab salah sendiri pun nak saman orang lain. Sanggup betul nak naik turun mahkamah dorang ni kan?
Ini pun adalah antara kes saman yang merapu admin pernah dengar. Seorang lelaki Rusia telah failkan saman terhadap syarikat teknologi terbesar di Amerika Syarikat, Apple dengan alasan aplikasi iPhone telah menyebabkan seksualitinya bertukar. Pulak dahhh
Menurut Awani, lelaki ini memfailkan saman tersebut di salah sebuah mahkamah di Moscow lepas dia dikatakan tersalah menerima mata wang kripto ‘Gaycoin’ melalui salah satu aplikasi di dalam iPhonenya.
Peguam lelaki ini, Sapizhat Gusnieva mengatakan yang kes ini sangat serius kerana akibat dari mata wang yang diterimanya itu, kehidupan anak guamnya berubah dan sentiasa merana sejak musim panas lepas.
Dalam aduannya, lelaki tersebut mengatakan yang seksualiti dirinya berubah selepas dia mendapat ‘Gaycoin’ tersebut bersama nota ‘Jangan nilai sebelum cuba’.
Nota tersebut dikatakan telah bermain dengan emosi lelaki ni sekaligus membuatkan perasaan ingin tahunya membuak-buak.
“Macam mana sana nak nilai sesuatu kalau saya tak cuba? Akhirnya saya decide untuk cuba seks sejenis.”
Sekarang ni saya ada teman lelaki dan saya tak tahu macam mana saya nak explain tentang seksualiti saya kepada parents saya.”
“Hidup saya berubah menjadi teruk dan saya tak akan kembali normal.”
Tak cukup dengan itu, lelaki ini mendakwa Apple telah mendorong dirinya untuk terlibat dalam aktiviti homoseksual dengan memanipulasi pemikirannya.
Akibat dari itu, perubahan dirinya kini telah merosakkan moral dan mentalnya.
Peguam lelaki ini berkata yang Apple perlu bertanggungjawab terhadap program mereka walaupun “insiden” ini berlaku berpunca dari aplikasi pihak ketiga.
Saman ini telah difailkan pada 20 September lalu dan pendengaran kes dijadualkan akan berlaku pada 17 Oktober ni.
Aduh macam-macamlah dorang ni…
Baca: “Seronok lah” – TMJ Belanja Semua Staff iPhone 11 Pro, Netizen Cemburu