in

“Saya tak sangka dia sanggup…” – Isteri Suspek Bunuh Bayi Dedah Suami Pernah Pukul Sebab ‘Defend’ Anak

Untitled Design 2024 04 18T130254.201

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Semalam, satu insiden mengejutkan ramai di mana seorang bapa didakwa membunuh bayinya yang berusia 6 bulan.

Terbaru, isteri kepada lelaki itu mendedahkan dia pernah menjadi mangsa pukul suaminya itu sehingga menyebabkan dirinya cedera.

“Saya tak sangka dia sanggup bunuh anak kami. Selama ini saya pertahankan anak apabila didera sehinggakan saya turut cedera dipukulnya,” katanya.

Artikel berkaitan: Bayi Lelaki 6 Bulan Meninggal Dunia Dipercayai Dibunuh, Bapa Ditahan Untuk Siasatan

Artikel berkaitan: Bayi 3 Bulan Meninggal Dunia Hari Pertama Di Pusat Asuhan, Ahli Keluarga Tuntut Keadilan

Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian pada jam 8 malam itu, bayi malang itu dipercayai dipukul, kepala dihentak pada sofa selain mulutnya disumbat dengan kain dan badan dibedung serta ditinggalkan tertiarap dalam bilik gelap tanpa pengawasan sebelum ditemukan meninggal dunia.

Pexels Leah Newhouse 50725 2790347
Gambar hiasan

Difahamkan, isterinya itu keluar untuk pergi ke rumah mentua bersama anak sulung mereka dan bayinya itu ditinggalkan bersama bapanya di rumah mereka.

“Suami beritahu mahu menjaga anak bongsu di rumah, jadi saya siapkan kelengkapan bayi sebelum tinggalkan mereka. Apabila pulang, suami beritahu bayi sedang tidur dalam bilik dan dia tidak benarkan saya masuk ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian, saya dengar anak menangis dengan kuat dan saya mahu masuk ke bilik tapi suami marah. Akibat takut dipukul, saya hanya duduk di sofa walaupun saya sangat risaukan keadaannya.

Saya bersama anak sulung tertidur di sofa dan apabila bangun pagi itu saya segera berlari ke bilik untuk lihat keadaannya. Saya angkatnya dan dapati dia sudah tidak sedarkan diri dengan badan kemerah-merahan,” katanya.

Wanita yang merupakan seorang suri rumah itu berkata, dia menjerit memanggil suami sebelum lelaki itu menghubungi keluarganya dan talian kecemasan 999 untuk bantuan.

Bagaimanapun, bayi tersebut disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.

Sumber: Harian Metro