Tarikh mengundi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) semakin dekat. Kita boleh tengok semua wakil yang terlibat dok busy yakinkan rakyat untuk undi mereka. Macam-macam janji manis yang dorang bagi kat kita (manis sampai potong kaki weyyyy), dan semuanya terpulang dekat kita sendiri untuk pilih siapa jadi pemimpin kita semua.
Namun biasa lah, bila masing-masing cuba menangkan diri sendiri, mesti ada kata-kata dorang yang dah terguriskan hati pihak ketiga. Macam baru-baru ini, menurut FMT, isteri perdana menteri kita, Datin Seri Rosmah Mansor kecewa dengan Nurul Izzah Anwar yang dah dianggap seperti anak sendiri, tapi kini memfitnah dan mengkritiknya dekat media sosial. Jeng jeng jeng!
Kata Rosmah Mansor, beliau dah kenal anak sulung bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sejak kecil lagi. Bagaimanapun, beliau kecewa dan terkilan dengan sikap naib presiden PKR itu yang langsung tak menghormatinya sebagai orang tua dan disifatkannya tidak layak untuk menjadi pemimpin.
“Saya memang kecil hati dengan dia. Saya kenal dia masa dia kecil lagi sebab saya berkawan dengan maknya (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail). Saya selalu pergi ke rumah mak dia sebab disuruh masuk jawatankuasa badan kebajikan”
“Masa dulu-dulu, saya tengok dia (Izzah) gigi pun tak ada lagi, masa tu umur dia baru 6 ke 7 tahun. Sekarang dia boleh panggil, tuduh saya macam-macam dekat media sosial”
“Dia tak nak panggil saya Datin Seri Rosmah tak apa, panggilah Aunty Rosmah ke, makcik Rosmah ke. Ini tak, bulat-bulat panggil saya Rosmah Mansor”
“Tak apa kalau nak politik, politiklah, tapi jangan panggil orang dengan nama je, saya memang cukup terasa. Saya dah umur 65 tahun, panggil lah saya isteri Datuk Seri Najib ke, makcik Rosmah ke, ada jugak lah tanda hormat tu”
Difahamkan beliau luahkan rasa kesalnya ketika beliau berucap pada majlis Salam Sayang Perdana Wanita Barisan Nasional di Pusat Komuniti Lembah Pantai, semalam. Rosmah berkata, tidak kira lah wakil rakyat parti pemerintah mahupun pembangkang, masing-masing sepatutnya menghormati dan jaga perasaan orang lain.
“Jadi orang macam ini kita nak pilih jadi wakil rakyat, kalau kita nak wakil rakyat yang boleh tolong kita, yang harus menghormati perasaan orang lain”
“Kita tak payah bersandiwara bahawa kita cerita kat orang yang kita ni baik, kalau benda asas macam itu tak boleh nak jaga atau hormat. Bukannya saya suruh dia cium tangan saya, tapi janganlah panggil saya Rosmah Mansor, saya ni kan lagi tua daripada dia”
Disebabkan perkara itu, beliau telah mewujudkan program permata Negara untuk didik generasi muda menghormati orang yang lebih tua supaya mereka tidak ikut jejak langkah Izzah. Haaa sampai cenggitu tauuu!
“Saya tak berkenan tengok perangai macam dia. Saya tak nak orang muda-muda perangai macam ni, sebab itu kita buat program Permata Negara, kita ajar budak-budak ini orang orang tua”
Dalam ucapannya jugak, beliau menafikan dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, kononnya beliau memiliki cincin berlian dari Amerika Syarikat. Tetapi beliau sendiri mengaku pernah melihat cincin berlian yang diperkatakan itu.
“Beliau kata saya ada cincin berlian, kejap kata RM8 juta, kejap RM24 juta, kejap RM86 juta, beliau pun tak tahu apa beliau cakap”
“Ada orang nak bawa masuk berlian suka dialah, nak bawa masuk 60 carat ke berlian merah ke. Orang bawa masuk untuk saya tengok, jadi saya tengok lah”
“Saya tak beli cincin itu, tak ada dalam simpanan saya, memang tak ada. Apa yang dibaca itu jangan percaya, ini semua rekaan sebab beliau nak semua rakyat benci dekat Datuk Seri Najib, benci pada saya”
Haa yang selalu panggil Rosmah Rosmah je tu, cepat-cepat ubah eh! 😛
Baca: “Saya buat suami saya bahagia” – Rosmah Mansor Nasihat Wanita Supaya Pandai Jaga Suami