in

“Saya tak layak ada kat sini..” – Ina Naim Cetus Rasa Sebak Usai Persembahan Anak Sulung Di Program Realiti Astro

FT IMAGE LM 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam telah berlangsungnya episod pertama program realiti terbaharu Astro, Talk To My Manager. Namun yang menjadi ‘highlight of the night’ dan yang paling dinantikan pastinya persembahan daripada anak sulung Ina Naim bersama Allahyarham Suhaimi Saad, Hadie.

Hadie atau nama sebenarnya, Ehmad Hadie Elfardie, 17 tahun, sebelum ini tidak pernah muncul dalam mana-mana persembahan atau media sosial. Persembahannya malam tadi telah menyentuh hati ramai orang setelah selesai mengalunkan lagu Sangkar Derita, nyanyian asal Haqiem Rusli.


Screenshot 2025 08 25 at 9.05.32 AM

Artikel berkaitan : “Rindu, tak boleh tipu” – Ina Naim Demam 3 Hari, Dedah Arwah Suami Muncul Dalam Mimpi

Artikel berkaitan : “Saya sangat tertarik dengan cara arwah Suhaimi homeschool anak-anak ” – Suami Ina Naim

Setelah selesai dan menunggu untuk menerima maklumbalas daripada juri tetap, hos, Datuk Aznil Nawawi bertanyakan bagaimana Ina melihat persembahan anak sulung daripada empat adik beradik itu.

“Sebenarnya saya tidak layak kat sini, ayahnya lagi layak, sebab ayah dia yang jaga dia dari kecil..” 

@hibglam.com.my

Alaaaaa sebak tengok Ina peluk anaknya, Hadie selepas habis buat persembahan. Mungkin Ina teringat arwah Suhaimi. #inanaim #hadie #talktomymanager #penyanyi #suhaimisaad

♬ original sound – HIBGLAM – HIBGLAM

Respon itu telah menyebabkan ramai hadirin mengalirkan air mata termasuk juri tetap, Che Puan Sarimah Ibrahim, dan peserta yang lain yang terkesan dengan kenyataan itu.

Rata-rata netizen turut berkongsi rasa yang sama, turut terkesan dengan persembahan itu dan menyatakan kemiripan Hadie dengan arwah bapanya,

Terdahulu dalam sidang akhbar program realiti terbaharu Astro itu, Hadie turut berkongsikan dia ingin menyambung legasi arwah ayahnya khasnya dalam industri hiburan nasyid.

“Memang betul saya mahu sambung legasi ayah. Itu antara hasrat terakhirnya kepada kami. Dia mahu anak-anaknya menyambung perjuangan seni terutama dalam bidang nasyid yang ditinggalkan.

“Saya sertai program ini juga kerana mahu membanggakan ibu yang sudah banyak berkorban membesarkan saya. Jadi, saya bertekad mahu memulakan semula karier nyanyian yang pernah ayah tinggalkan.

“Harapan saya cuma satu, saya mengharumkan nama kedua orang tua, walaupun sekarang ini saya masih lagi belajar,” katanya.

Hasil perkahwinan Ina dengan Allahyarham Suhaimi pada 12 Ogos 2007, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. Pada 8 November 2024, pintu hati Ina kembali terbuka apabila mendirikan rumah tangga bersama Mohd Khairul Rizal yang berstatus duda dan memiliki dua anak.

Screenshot 2025 08 25 at 9.08.29 AM

Program yang berlangsung selama 2 jam itu turut disertai oleh barisan artis yang perlu berdepan dengan cabaran mendidik anak yang berbakat dalam membuat persembahan.

Antara peserta lain yang bergelar ‘Manager’ kepada anak masing-masing termasuk Siti Saerah, Liza Hanim, Ameng Spring, Datuk Aziz M Osman, Sharifah Shahirah, Shuib, dan Sharifah Zarina bersama anak masing-masing.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.