Walaupun Indonesia dah ura-urakan dorang bakal membuat undang-undang untuk penjarakan orang yang membuat seks luar nikah, ia tetap tak berjaya menakutkan wanita dan lelaki-lelaki ini.
Menurut Sosok, seorang janda muda berusia 22 tahun telah ditangkap oleh seorang pegawai keselamatan kerana dikatakan melakukan hubungan seks di dalam kawasan semak berdekatan bangunan radio di Tenggarong, Indonesia.
Laporan mengatakan, wanita ini ditangkap ketika dia sedang bersetubuh sambil dikelilingi lelaki seramai lapan orang.
Niko, seorang pegawai keselamatan di bangunan berdekatan mengatakan yang dia melihat dua orang wanita dikelilingi ramai lelaki.
“Saya menangkap perempuan ini bersama ramai lelaki. Saya lihat ada 2 orang perempuan tapi yang ditahan hanya seorang saja.”
Bukan tu je, dorang berani buat perbuatan terkutuk ni dekat belakang surau tau!
Pada awalnya, Niko yang sedang bertugas tu hanya melihat seorang lelaki sedang duduk sorang-sorang di atas motor berdekatan pintu masuk bangunan yang dijaganya itu.
Disebabkan insiden ini berlaku pada hujung minggu, pejabat radio sunyi kerana kebanyakan pekerja bercuti.
Apa yang membuatkan Niko curiga, bila dia cuba mendekati, lelaki itu terus melarikan diri menaiki motosikal.
Bila dia periksa kawasan tepi bangunan yang dipenuhi dengan semak belukar, dia terkejut bila melihat sekumpulan lelaki mengelilingi wanita.
Terkejut dengan kedatangan Niko, lelaki-lelaki ini bertempiaran lari meninggalkan janda muda berseorangan di semak tersebut.
Ketika ditanya, wanita itu mengatakan yang dia telah dipaksa oleh lapan lelaki untuk “melayan” mereka kalau dia nak selamat.
Saya baru je kena paksa dengan 8 lelaki. Saya tak boleh melawan sebab dorang ugut untuk apa-apa kan saya.”
Menurut wanita ini, dia sebenarnya lalu di kawasan Hari Bebas Kereta, kemudian dia bertemu dengan sekelompok lelaki ini dan membonceng motor dengan mereka.
“Saya naik bonceng tiga orang, saya duduk di tengah.”
Wanita ini kemudiannya mengatakan yang bajunya telah ditarik-tarik oleh lelaki-lelaki tersebut namun bila diperiksa, tak ada pula kesan koyak atau paksaan pada baju wanita tersebut.
Tanpa diminta, wanita ini kemudiannya menunjukkan kedua lengannya yang mempunyai bekas suntikkan dan mengaku pernah mengambil dadah. Dia juga berkata bapanya kini di dalam penjara kerana kes dadah.
Ketika pihak polis tiba di tempat kejadian, perempuan ini menceritakan semula macam mana lapan lelaki itu cuba untuk merogolnya dan meminta pihak berkuasa menangkap lelaki-lelaki tersebut.
Kalau korang nak tahu, wanita ni mempunyai seorang anak berusia 7 tahun. Yang kelakarnya, bila pegawai keselamatan ni minta untuk mengambil gambar wanita ni, dia dengan selambanya pose dan buat jari peace macam model iklan.
Haih, macam-macam orang sekarang ni.