Selepas beberapa minggu berehat dari media sosial, Janna Nick baru-baru ini mendedahkan dirinya menghidap penyakit Bipolar Disorder.
Menerusi satu perkongsian oleh Janna Nick atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, dia beritahu yang dia sedang menjalani rawatan dengan mengambil beberapa jenis ubat atas nasihat doktor.
“Saya didiagnos secara klinikal dengan penyakit Bipolar Disorder dan sekarang saya mahu berehat seketika dari media sosial dan hanya ingin fokus pada diri saya.”
https://www.instagram.com/p/CN9MULtso8k/?igshid=m13binqf2xt2
Dengar 3 ke 4 suara dalam kepala
Menurut Janna, selama ini dia ingatkan yang otaknya berfungsi secara normal sama seperti orang lain.
“I memang ingat semua orang ada 3 ke 4 suara dalam kepala mereka.”
Bagi dirinya, beberapa suara yang kononnya sedang berbincang di dalam kepala dianggap sebagai normal, tetapi semuanya berubah selepas dia mengambil beberapa ubat dari doktor. Sejak itu, dia mula menyedari yang perkara itu tidak normal sebenarnya.
Janna tak dapat nak agak yang penyakit ini datang berpunca daripada genetik atau kehidupan masa silamnya.
Dua tiga kali cuba bunuh diri
Janna bercerita yang kenangan ketika dia kecil tak sama dengan kanak-kanak lain kerana dia sering dipukul sejak kecil lagi. Dia akui yang keluarganya bukanlah seperti keluarga orang lain yang kelihatan bahagia bersama.
“Pukulan dah jadi ‘makanan’ saya waktu kecil”
Bukan itu sahaja, dia juga pernah telan beberapa jenis ubat dan panadol dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa ketika berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan lagi, dia juga beritahu yang dia pernah mengelar lengannya di hadapan adik ketika masih berusia 15 tahun.
Rakan artis beri sokongan moral
Melihat posting Janna Nick itu, ramai rakan artis dan netizen yang turut beri sokongan moral kepada Janna supaya terus kuat menghadapi dugaan tersebut.
Kita doakan supaya Janna Nick cepat sembuh. In Shaa Allah.
Sumber: jannanick