Dalam perniagaan apa sekalipun, pasti kita akan tonjolkan satu kelainan untuk nampak menyerlah berbanding dengan pesaing-pesaing lain.
Tapi agak mendukacitakan jika kelainan yang menjadi senjata utama produk mahupun jenama kita itu diciplak oleh pesaing lain, lebih-lebih lagi kalau perniagaan pesaing itu jauh lebih maju.
Terbaru, ada satu jenama turban tempatan yang dikenali Echenta ini menzahirkan rasa terkilan dan marah terhadap Vivy Yusof yang dikatakan menciplak rekaan turbannya.
Pecat GM awak V, lantik je saya kalau suka turban saya
https://www.instagram.com/p/BwUlcrDlmaU/
https://www.instagram.com/p/BwTdBasHJGb/
Umumnya, nama Vivy Yusof sudah cukup terkenal dengan perusahaan laman busana dan tudung. Baru-baru ini jenama tudungnya ada melancangkan turban baru dan ia membuatkan Echenta tersentak dengan rekaan yang boleh dikatakan sama dengan produknya yang menjadi trademark mereka.
Echenta terasa dan meluahkannya melalui insta strory dan menyatakan ia adalah satu pembulian dalam perniagaan, lebih mengecewakannya lagi Echenta ada menjual produknya di FashionValet yang dikendalikan oleh Vivy Yusof.
Saya selalu idolakan Vivy dan sanjung jenamanya tapi ini yang saya dapat?”
Hmm, manalah tahu ia hanyalah kebetulan sahaja kan?
Baca : “Vivy complain pasal pelanggaran hak cipta tapi dia sendiri langgar hak cipta“