in

“Saya sedih tidak terhingga” – Tun M Luah Rasa Sedih Pemergian Tun Daim

Syaz Ft 2024 11 13T124557.939

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, kita dikejutkan dengan pemergian Tun Daim Zainuddin yang merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia.

Pemergian ahli politik veteran dan ahli perniagaan itu disahkan peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, pagi tadi. Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital sejak dua minggu lalu.


Artikel berkaitan: [TERKINI] Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin Meninggal Dunia Pagi Ini

Artikel berkaitan: Tun Mahathir Buat Kejutan, Tampil Sebagai Penonton Di Sambutan Hari Kemerdekaan

Terbaru, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad menerusi laman media sosial miliknya meluahkan rasa sedih atas pemergian rakan seperjuangannya itu.

“Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan. Tetapi di akhirnya hayatnya dia diherdik tanpa sebab. Tanpa sebab kerana dendam. Inikah balasan yang menimpa kerana dendam.

Ya Allah. Adililah Daim berasaskan keadilan. Berikan tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa. Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu. Amin, Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Sebagai info, Allahyarham rapat dengan Dr Mahathir apabila dilantik sebagai perunding perniagaan kepadanya yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.