in

Petrosains Perkenal Tarikan Interaktif, Fokus STEM dan Pendidikan

Collage Ps3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan sekadar sesi bersama media biasa, Petrosains tampil dengan pendekatan berbeza apabila membawa rakan media merasai sendiri pengalaman interaktif yang menggabungkan pembelajaran, teknologi dan penceritaan.

Petrosains Sdn. Bhd. baru-baru ini menganjurkan sesi libat urus media bertajuk ‘A Memorable Experience with Petrosains,’ menghimpunkan rakan media utama bagi memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan kandungan berasaskan pendidikan, selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.


669705072 1358823326279385 2443877036146760231 N 2

Menurut Pengarah Jabatan Hubungan Pihak Berkepentingan dan Komunikasi Petrosains, Puan Shamini Balan, peranan media bukan sekadar melaporkan, tetapi membantu menjadikan program sebagai suatu kisah yang memberi impak kepada masyarakat.

“Kesediaan anda hadir hari ini mencerminkan lebih daripada sekadar hubungan kerjasama. Ia melambangkan keyakinan bersama bahawa pendidikan, ilmu dan penceritaan mampu mencetuskan perubahan yang lebih baik.”

Dalam sesi sama, rakan media turut dibawa merasai sendiri pengalaman di Petrosains dan PETRONAS Twin Towers SkyXperience, yang kini berkembang daripada sekadar tarikan pelancong kepada gabungan pembelajaran STEM dan pelancongan berasaskan pengalaman.

669716030 1358820242946360 2090949182324940512 N

Artikel berkaitan: Mengapa TVET & STEM Adalah ‘Jantung’ Industri Masa Depan Negara

Artikel berkaitan: Insken Media Hi-Tea Perkukuh Hubungan Strategik Bersama Media

Antara tarikan yang diketengahkan termasuk Veloclimb di zon SPEED, iaitu aktiviti panjat interaktif dengan elemen digital, serta Hello AI di zon Sparkz yang memperkenalkan asas kecerdasan buatan secara santai dan mudah difahami.

670381344 1358904076271310 6204893570904844756 N

Galeri Kelestarian turut menjadi tumpuan dengan pelbagai zon seperti Ecofarm, Ecofood dan Ecohome yang memberi pendedahan kepada gaya hidup lestari termasuk pertanian bandar dan penggunaan sumber secara lebih bijak.

671443783 1358819199613131 8346118552794881074 N

Pengalaman tersebut diakhiri dengan jamuan di Sky Café by Maja di Aras 83 Menara Berkembar PETRONAS, yang turut diiktiraf dalam Malaysian Book of Records. Dalam masa sama, SkyXperience juga tersenarai dalam World Federation of Great Towers.

Di luar ibu negara, Petrosains terus memperluaskan jangkauan melalui inisiatif seperti Tech4All, PlaySmart dan Petrosains Discovery Rover, yang membawa pembelajaran STEM ke Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang, khususnya kepada komuniti kurang akses termasuk masyarakat Orang Asli.

Usaha ini membuka peluang kepada pelajar di luar bandar untuk merasai pengalaman pembelajaran secara interaktif, sekali gus membantu merapatkan jurang pendidikan.

Menutup sesi, Petrosains turut merakamkan penghargaan kepada rakan media atas sokongan hampir tiga dekad, selain komited untuk terus bekerjasama dalam menyampaikan kisah berteraskan sains kepada masyarakat.

Sumber: Petrosains

Sumber: Petrosains
Sumber: Petrosains
Sumber: Petrosains
Sumber: Petrosains

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.