in

“Saya sedih dihina pelbagai pihak, sedangkan 1 mask pun tak terjual”- Aliff Syukri Mohon Maaf Isu ‘Mask Bocor’

Feat 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini kecoh isu face mask bocor ketika sesi ‘live’ oleh usahawan kosmetik, Aliff Syukri.


Dia yang ketika itu sedang mempromosikan face mask nya, menunaikan permintaan warganet yang ingin melihat sama ada face mask keluarannya itu kalis air atau tidak.

Malangnya selepas air dituang ke atas face masknya itu, beberapa titis air dilihat keluar, sekaligus menjadi bahan kecaman netizen, mendakwa Aliff sebagai ‘penipu’.

Menerima kecaman pelbagai sudut, Aliff Syukri memuatnaik satu video berdurasi lebih 2 minit, menjelaskan mengenai situasi tersebut.

 

“Saya berjanji dgn nama Allah, mask tersebut tak dijual walau satu pun, mask itu hanya barang yang baru sampai dari kilang untuk saya cuba..”

View this post on Instagram

Assalamualaikum wbt, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca curahan hari saya. Saya amat sedih ketika ini kerana saya dihina oleh pelbagai pihak sedangkan 1mask pun x terjual- – Sebenarnya isu video live mask yang bocor itu tidak disangka oleh saya dan saya hanya membuat pre-order sahaja sedangkan benda ini tidak dijual sama sekali . Semoga perkongsian yang saya sharekan pada video ini dapat menjelaskan pada situasi yang sebenar. – – Saya memohon kepada masyarakat semua untuk menghentikan mencari kesalahan saya. Saya juga hanya insan biasa dan lemah serta saya ingin memohon beribu kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. – – Di sini, saya ingin tekankan kepada anda semua bahawa mask tersebut saya tidak jual langsung kepada orang sama sekali…Untuk mengetahi lebih lanjut lagi perkara yang sebenar malam ini abang akan posting dekat YouTube abang mengenai masalah ini 08:00 malam ini jangan lupa tengok

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Dalam video tersebut Aliff Syukri menjelaskan bahawa dia sendiri tak tahu face mask tersebut bocor malah katanya  face mask tersebut belum sempat dijual kepada orang ramai dan masih dalam fasa R&D.

“Video itu telah disalah ertikan, seolah-olah saya macam menipu pelanggan saya yang telah memakai.”

“Sebenarnya saya berjanji dgn nama Allah, mask tersebut tak dijual walau satu pun, mask itu hanya barang yang baru sampai dari kilang untuk saya cuba, dan kebetulan saya hanya nak lihat respon pre order yang ingin saya jual.”

“Sebab itu ketika live itu berlaku, saya hanya ingin mencuba dan xsangka mask bocor…kita buat lagi sekali, memang bocor.”

“Saya memang xjual walaupun 1, kerana saya prihatin tentang keselamatan pengguna saya, sebab tu kita buat ujikaji nak pastikan mastu tu tak bocor, sebab tu kita buat mask baru dan tak bocor, dan mask tersebut kita boleh pakai..”

Tak sampai 24 jam video tersebut dimuatnaik, ia telah mencapai hampir 1 juta tontonan di instagram.

 

Baca : “Nak berniaga biar jujur” ; Aliff Syukri Kantoi Jual Topeng Muka Tak Kalis Air?

We

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.