in

“Saya rasa yang ini dah campak banyak kali” – Netizen Terbahak Tengok Fouziah Gous Tunjuk Demo ‘Pinggan Susah Pecah’ Tak Jadi

Goshop4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menggunakan kaedah TV Homeshopping merupakan salah satu taktik untuk memujuk pengguna untuk beli sesuatu produk itu. Melalui saluran inilah mereka akan tunjuk demo untuk meyakinkan kesahihan barang tersebut.


Tapi langit tak selalu cerah, kadang-kadang demo tu tak semestinya menjadi. Mesti awkward bila kita pujuk beriya-iya tapi bila nak buktikan nampak macam dusta. Contohnya macam program Go Shop baru-baru ni.

 

“Saya rasa yang ini dah campak banyak kali, saya minta maaf” – Fouziah Gous

Viral di Twitter apabila satu keratan video daripada program tersebut memaparkan host Fouziah Gous bersama Syakirin sedang mempromosikan pinggan mewah berjenama secara langsung.

Dalam video tersebut kelihatan Fouziah Gous sedang menerangkan bahawa pinggan tersebut jenis lasak dan susah pecah,tapi bila tunjuk demo…hmm korang tengok lah, siapa gelak dia dosa

https://twitter.com/DrHasif/status/1141530237307457536

Selepas pinggan tu dah berkecai riak wajah Fouziah seolah-olah awkward kemudian meyakinkan pengguna bahawa pinggan itu dia dah cuba pinggan tersebut dan sebab itu lah pecah.

Hampir 14,000 netizen yang retweets video ini rasa terhibur melihat gelagat mereka ni.

 

Pingganpecah Pingganpecah2 Pingganpecah3 Pingganpecah4 Pingganpecah5

Sebelum ini ada kes yang pengacara tengah dok syok buat demo pasal periuk tiba-tiba pecah masa live.

 

Baca : Eh bodoh” – Video Lawak Wartawan Melatah Tengah Interview Zaquan Adha Akan Buat Korang Tergelak

Aidil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.