in

“Saya pun tak dak duit, saya jual istana ayahanda duk murka” – Kisah Tangisan Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman

Unknown 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini merupakan Hari Kebangsaan ke-62 bagi Malaysia.


Bertemakan Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih, ramai yang tidak tahu jerih payah seorang insan bernama Tunku Abdul Rahman Al-Haj untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.

Menyelusuri kisah sebelum kemerdekaan tanah Melayu, bapa Kemerdekaan negara itu pernah beberapa kali menitiskan air mata ketika bercerita mengenai usahanya berunding dengan British selama tiga minggu untuk mencapai kemerdekaan.

Memetik perkongsian Syahril A.Kadir di Facebook, Tunku mendedahkan bahawa beliau pernah terfikir untuk ‘menjual istananya’ bagi menampung kos keberangkatan beliau ke London untuk menuntut kemerdekaan.

Malah katanya dia sanggup mengenepikan nasihat bapanya untuk meneruskan legasi kesultanan Kedah demi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

“Saya ni nak pi London bersama-sama Raja-Raja Melayu, UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit, saya jual istana ayahanda duk murka.

“Ayahanda suruh saya jadi Raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden UMNO, nak bagi Malaya merdeka.” 

Th

Menurut Syahril, ketika bercerita soal itu, Tunku secara spontan telah menitiskan air mata dan menangis ketika menyebut perkataan ‘tak dak duit’.

“Orang biasa menangis bergenang air mata, tapi Tunku menangis air mata bercucuran membasahi pipi”, tulis Syahril.

Baca: Kisah Disebalik 35 Foto ‘Rare’ Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Ini Akan Buat Korang Sebak

Screen Shot 2019 08 31 At 12.09.23 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.