in

“Saya pun berhibur tapi di rumah je” – Prof Muhaya Anggap Konsert Artis Antarabangsa Di Malaysia Sia-sia

Dxgfchg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak awal tahun lagi, sudah banyak artis antarabangsa yang telah merancang untuk mengadakan konsert di Malaysia. Seperti bulan lepas, penyanyi terkenal iaitu Billie Eilish telah mengadakan konsert sulungnya di Malaysia yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Kedatangan penyanyi tersebut disambut baik oleh orang ramai dengan jumlah penonton yang hampir mencecah 25,000 orang yang hadir ke konsert tersebut. Bagaimanapun, ada juga sesetengah individu yang tidak bersetuju bahawa artis itu datang ke Malaysia.

Banyak pihak yang memberi pandangan terhadap penganjuran konsert artis antarabangsa tersebut termasuklah pakar motivasi terkenal iaitu Datuk Prof. Dr Muhaya Mohamad.

Prof. Muhaya beri respons mengenai isu konsert artis antarabangsa

Prof. Muhaya juga mengambil kesempatan untuk memberi respons terhadap isu konsert artis antarabangsa yang hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini. Menurut Kosmo, beliau tidak bersetuju secara asasnya terhadap apa jua acara yang tidak mendapat keredaan Allah.

“Apa-apa yang Allah tidak reda, saya tak setuju. Salah satu tanda Allah SWT sayangkan seseorang apabila dia (umat) tidak menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia.”

Dia juga turut mengatakan bahawa hiburan itu tidak perlu berlebihan kerana penganjuran konsert seperti itu mampu menjadi asbab kepada penularan budaya hedonisme.

Screenshot 2022 09 12 At 12.45.35 Pm

“Saya pun suka berhibur, tetapi saya berhibur dengan suami. Saya menyanyi di rumah sahaja.”

“Perkara yang sia-sia itu ialah perbuatan yang tidak memberatkan timbangan di padang Mahsyar nanti. Malaikat sentiasa mencatat perbuatan kita.”

“Sebelum buat sesuatu perkara, kita harus fikirkan lima pilihan iaitu iman atau nafsu, syurga atau neraka, taat atau maksiat, dosa atau pahala dan Allah reda atau Allah murka.”

Namun, beliau juga menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menghukum sesiapapun dan hanya memberikan pandangan secara peribadi.

“Berkenaan dengan hukum, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya serahkan pada mereka yang lebih arif.”

Billie Eilish Concert Malaysia Twitter

Pandangan tersebut telah diulas semasa berlangsungnya Seminar Transformasi Prof. Muhaya Circle (PMC) 2022 ‘Zero Stress Living’ baru-baru ini.

Masing-masing ada pandangan sendiri dan kita sebagai pembaca seharusnya menilai sendiri. Betul tak?

Baca: “Jangan meludah ke langit…” – [VIDEO] Isu Konsert Blackpink, PU Syed Bantah Pendapat Nabila Huda

Screenshot 2022 09 12 At 1.01.25 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.