in

“Saya penembak natural” – Yusuf Dikec Perjelas Gaya Santai Ketika Menembak, Mengaku Tidak Perlukan Sebarang Peralatan Khas

Yusuf Dikec

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial kebelakangan ini dipenuhi dengan meme dan juga hantaran yang berkisar mengenai seorang atlet menembak dari Turkiye, Yusuf Dikec.

Tanpa sebarang peralatan canggih, Yusuf, 51, berjaya mendapat pingat perak dalam acara menembak Pistol Udara 10 meter pada Sukan Olimpik Paris 2024.


Lebih mengejutkan, Yusuf juga menembak dengan gaya yang sangat santai dengan sebelah tangannya terletak di dalam kocek seluar.

Yusuf Dikec
Yusuf meraih populariti disebabkan gayanya yang bersahaja ketika menyertai acara menembak.

Malah, beliau ‘selamba’ sahaja menggayakan sehelai t-shirt ketika acara menembak berlangsung.

Apabila ditanya mengenai gayanya ketika menembak, Yusuf memberikan respons yang sangat ringkas.

“Saya tak perlukan peralatan khas. Saya ‘natural’, penembak semula jadi,” katanya.

Berdasarkan berita tular di laman sosial, Yusuf merupakan seorang bekas tentera dan memperoleh pangkat sarjan.

Malah, beliau juga mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang sukan dari Univerisiti Gazi di Ankara.

Artikel berkaitan: Pemain China Huang Yaqiong Dilamar Kekasih Lepas Rangkul Pingat Emas Badminton Beregu Campuran Di Olimpik Paris

Artikel berkaitan: “Penembak South Korea ‘badass’ betul” – 5 Atlet ‘Hot’ Yang Curi Tumpuan Ramai Di Olimpik 2024

Bahkan, ini bukanlah kali pertama Yusuf menyertai sukan Olimpik. Ini merupakan kali ke-5 beliau mewakili Turkiye, sebelum ini pada tahun 2008, 2012, 2016 dan 2020.

Cumanya, pada tahun ini, beliau mendapat pehatian lebih dari media seluruh dunia disebabkan gaya beliau yang bersahaja ketika menembak.

Yusuf Dikec
Kim yeji, atlet menembak dari korea selatan yang dikatakan mempunyai ‘main character energy’.

Turut mendapat perhatian umum adalah atlet menembak dari Korea Selatan, Kim Yeji.

Bagaimanapun, berbeza dengan Yusuf, Kim mendapat perhatian disebabkan gayanya yang sangat memukau sehingga digelar mempunyai ‘main character energy‘.

Apa-apapun, dua-dua atlet ni memang style!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.