in

“Saya pastikan saya dekat dengan pintu keluar” – Lima Masjid Birmingham Diserang, Penduduk Takut Peristiwa Christchurch Berulang

Featured 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun seluruh dunia dah menunjukkan sokongan mereka terhadap komuniti Islam selepas peristiwa Christchurch, ia tetap tak menghentikan segelintir ekstremis dari terus ‘mengganggu’ umat Islam di Birmingham.


Empat masjid di pusat bandar Birmingham telah diserang malam semalam dan satu lagi masjid dilaporkan diserang pada pagi tadi.

0 Js178051123

Menurut New Straits Times, seorang lelaki telah dilihat menggunakan sledgehammer (tukul besi besar digunakan untuk pecahkan tembok) untuk memecahkan tingkap masjid di Birmingham.

Laporan telah dibuat dan polis kini sedang menyiasat perkara ini. Menurut Konstable Dave Thompson, mereka belum menemui motif disebalik serangan ini dan sedang mencari orang yang melakukan serangan ini.

Manakala, bagi umat Islam di Birmingham, serangan ini telah mengingatkan mereka tentang tragedi yang menimpa Christchurch baru-baru ini. Mereka juga takut memikirkan nasib mereka apabila mereka menunaikan solat Jumaat esok. Takut pisang berbuah dua kali.

0 Js178051146

Rashid Mohammed, bapa kepada tiga orang anak berkata, dia takut sesuatu yang sama berlaku seperti di New Zealand.

“Saya tak tipu, sejak Christchurch, saya sentiasa berhati-hati sampaikan saya pastikan saya dekat dengan pintu keluar semasa saya solat jika ada apa-apa berlaku.”

Seorang lagi penduduk, Ali mengatakan, selepas serangan ini, ramai antara mereka menjadi takut dan risau.

“Esok solat Jumaat. Saya tak tahu apa yang akan berlaku. Kami dah beritahu polis untuk berikan kami perlindungan esok.”

Ekoran dari laporan penduduk di Birmingham, polis menasihatkan mereka untuk lebih berhati-hati dan segera buat laporan jika mereka lihat sesuatu yang mencurigakan.

Kesedihan dari apa yang berlaku di Christchurch masih terasa lagi. Harap-harap tak ada apa-apa yang akan berlaku kepada penduduk di Birmingham.

 

Baca: Kumpulan Bikers Digeruni Di New Zealand, Janji Lindungi & Kawal Masjid Ketika Solat Jumaat Esok.

Screenshot 2019 03 21 At 8.52.31 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.