Dengan kecanggihan telefon yang terdapat pada era ini, alat komunikasi ini menjadi satu keperluan lebih-lebih lagi buat mereka yang mahu menjalankan perniagaan.
Namun, ada segelintir individu yang lebih memilih jenama tanpa mengukur kemampuan diri sendiri semata-mata untuk mengikut trend terkini.
Terbaharu, Datin Seri Nur Shahida yang juga isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri terkejut apabila menerima mesej daripada seorang individu yang meminta dia membelikan sebuah telefon pintar iPhone 14 Pro Max buatnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, individu terbabit mahukan telefon pintar jenama mewah itu untuk urusan berniaga.
Kata individu itu, dia mendakwa wang simpanan yang dikumpul bagi membeli iPhone telah hilang. Justeru, memohon bantuan Shahida untuk membeli telefon yang dipinta.
“Belikan saya Iphone14 Pro Max boleh tak? Saya teringin nak pakai iPhone. Hari tu dah kumpul, tapi duit saya hilang,” tulis individu itu.
Malah, individu itu mendakwa mahu memulakan perniagaan seperti pasangan usahawan terkenal itu.
Dalam tangkap layar yang dikongsikan, individu itu turut meninggalkan nombor akaun bank dengan harapan agar Shahida menyalurkan bantuan kewangan kepadanya.
Bagaimanapun, Shahida pada ruang kapsyen hantarannya itu memaklumkan dia sendiri masih lagi menggunakan telefon model lama.
“Maaf la ya adik. Nak beli iPhone baru 14 minta duit. Saya ni pun handphone tak bertukar lama dah, awak sibuk nak minta beli handphone baru,” tulisnya.
View this post on Instagram
Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai, rata-rata netizen berasa malu dengan sikap individu terbabit yang tiada segan silu mengharapkan bantuan orang lain.
Ramai yang mengkritik tindakan individu terbabit yang disifatkan sebagai pemalas serta mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.
Ukur baju dibadan sendiri. Lebih baik gunakan saja apa yang ada terlebih dahulu.
Baca: Suami Isteri Jual Anak Umur 8 Bulan Semata-mata Nak Beli iPhone 14 Untuk Upload Reels