“Saya nak dia ceraikan isteri dia” – Wanita Mengaku Dah Buat Seks Berkali-kali dengan Kawan Kerja Lelaki

Saya dah buat seks dengan kawan kerja berstatus suami dan saya mahu dia tinggalkan (ceraikan) isterinya.”

Itulah pengakuan hangat seorang wanita berusia 25 tahun yang mula berkenalan dengan lelaki tersebut sejak 3 tahun lepas, lapor The Sun. Menurut wanita tersebut, dia dan lelaki berusia 28 tahun itu memang saling suka satu sama lain dan malah memang dah rancang untuk bersama di masa akan datang.

Tapi, kehadiran seorang pekerja wanita baru di office membuatkan hubungan mereka berdua musnah dan akhirnya perancangan masa depan juga turut hancur.

Gambar hiasan

Baca cerita dan pengakuan wanita itu,

“Kami bertemu 3 tahun lepas ketika kedua-duanya masih muda dan bujang. Kehidupan seks kami memang hebat. Tak kira bila dan di mana, ianya sangat menyeronokkan.”

“Kami malah pernah bercakap tentang mahu berkahwin tetapi pada ketika itu kami mahu simpan duit untuk beli rumah sendiri dulu. Saya harap masa tu kami kahwin je terus.”

Gambar hiasan

“Seorang staf wanita baru mula bekerja di office kami. Dia sebaya dengan saya dan selalu buat teman lelaki saya dengar cakap dia. Saya pernah suruh dia jangan kacau teman lelaki tapi dia akan maki saya semula. Dia kata teman lelaki saya boleh buat kerja untuk mana-mana department.”

Katanya, wanita tu tak habis habis hantar mesej untuk menggatal, menggedik dengan teman lelakinya. Mula-mula lelaki itu tak ambil serius tapi pada satu malam, dia bersetuju untuk keluar ‘minum’ dengan wanita terbabit.

Itulah titik permulaan musnahnya hubungan dia dan teman lelaki. Wanita itu berjaya buat teman lelakinya mabuk dan mereka berdua berhubungan seks. Meskipun mengaku menyesal, tapi few weeks lepas tu teman lelaki dia dikejutkan pula dengan berita staf baru tu mengandung hasil hubungan seks mereka.

Gambar hiasan

“Wanita tu beritahu dia disahkan mengandung. Teman lelaki beritahu saya dan keluarga staf baru tersebut terus paksa teman lelaki kahwin dengan anak mereka.”

Sebulan selepas kahwin, wanita tu cakap dia rupa-rupanya tak mengandung dan ianya hanya ‘false alarm’.”

Walaupun dah berkahwin, tapi dia masih berjumpa dengan lelaki tu dan isterinya tahu tetapi tak halang pun. Malah, wanita tu juga pernah cakap yang dia dapat rasa lelaki tu akan ceraikan dia tapi dia tak akan benarkan perkara tu berlaku.

Lelaki tu pula taknak ceraikan isteri dia sebab takutkan keluarga dia sendiri. Difahamkan, keluarga lelaki berkenaan memang semuanya ‘rosak’ dan selalu ada kes dengan polis. So, lelaki berkenaan takut kalau penceraian berlaku dia akan dibelasah teruk oleh ahli keluarganya.

Gambar hiasan

Tak pastilah apa kesudahan hubungan cinta tiga segi ni, tapi pengakuan dia memang dapat perhatian ramai. Ada yang bengang dengan dia tapi ada juga yang kesian sebab jadi mangsa perangai staf baru tu.

Baca: “Tak cukup satu ke setan!” – Baru Kahwin Waktu Raya Aidilfitri, Suami Curang Dengan Isteri Mengandung 3 Minggu

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!