in

“Saya memang terpaksa masuk Islam sebab ‘no choice’…..”

Bg 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Percaya atau tidak, hidayah itu datang tanpa diduga dan paksaan dari sesiapa. Jikalau kita sudah dipilih-NYA sebagai insan bertuah yang bakal menerima hidayah tersebut, maka terimalah dengan hati terbuka seperti kisah di bawah.


Baru-baru ini, sebuah keluarga bukan Islam membuat keputusan untuk memeluk Islam di Shah Alam selepas sekian lama didakwah oleh seorang rakan. Namun, para hadirin telah terkejut dengan jawapannya apabila ditanya akan mengapa dia ingin memeluk Islam.

20229062 1253504531427197 4053120450929944070 N E1500867593472
sumber : facebook

Choon Koon Peng telah mengenali sahabatnya, Sakri Ariffin selama hampir 10 tahun. Sepanjang persahabatan mereka, Tuan Sakri yang bekerja sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJK Bukit Aman tidak pernah berputus asa berdakwah dan menyebarkan agama Islam kepada rakannya itu.

Walaupun mereka sudah lama berkenalan, mereka jarang sekali berjumpa dan hanya berhubung melalui panggilan telefon sahaja. Namun begitu, Tuan Sakri tetap berkesempatan untuk berdakwah kepada rakannya itu meskipun mereka tidak selalu bersemuka.

Setelah bertahun berusaha, akhirnya niatnya kesampaian juga untuk membuka hati rakannya menerima agama Islam.

20245975 1253504584760525 7516629955565199840 N E1500867649705
sumber : facebook

Chen Koon Peng secara rasminya sudah menjadi saudara Islam di Surau Khalid Al-Walis, IPK Selangor. Tetapi bukan dia seorang sahaja yang ingin memeluk Islam, isteri dan anaknya juga  turut mengucap dua kalimah syahadah buat kali pertama pagi semalam.

Namun, apabila ditanya jika terdapat sesiapa yang memaksanya untuk memeluk Islam dia hanya menjawab tiada yang memaksa cuma dia ‘terpaksa’.

20229062 1253504531427197 4053120450929944070 N E1500867593472
sumber : facebook

Orang ramai terkejut setelah mendengar jawapannya, namun dia sempat menyambung untuk menjelaskan niatnya yang sebenar.

“Saya memang terpaksa masuk Islam sebab ‘no choice’ bila saya dah percaya Tuhan adalah satu iaitu Allah dan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu adalah Nabi yang terakhir. Hati dan hidup saya lebih tenang. Saya dan family saya memang lahir sebagai bukan Muslim tapi sekarang saya mahu pastikan saya dan family saya semua mati sebagai Muslim.”

Ternyata usaha Sakri berdakwah selama 10 tahun akhirnya berjaya dan kejadian tersebut membuktikan bahawa kejayaan diperoleh apabila kita tidak berhenti berusaha.

20228733 1253504464760537 2791437715474076384 N E1500867746948
sumber : facebook
20294165 1253504401427210 3619723571631212431 N E1500867732941
sumber : facebook

Semoga kisah ini menjadi tauladan bagi mereka yang berniat mahu berdakwah. Semoga terus istiqamah! 

Baca : Remaja Sempat Peluk Islam Beberapa Minit Sebelum Hembus Nafas Terakhir

1 37 E1500867218978

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.