
Jarang kita dengar guru besar sekolah mengundurkan diri kan? Selalunya guru besar akan diganti bila dah bersara atau tukar sekolah. Tapi, lain pula kes seorang guru besar dari Indonesia ini.
Menurut Tribun, seorang guru besar di sebuah sekolah dekat Lampung Barat, Lampung minta diberhentikan sebab malu dengan pelajar sekolahnya. Apa kes pula ni?
Rosidawati merupakan guru besar di Sekolah SDN 1 Padangcahya, Kecamatan Balikbukit, Lampung Barat. Menurutnya, dia mahu berhenti daripada menjadi guru besar di sekolah itu sebab malu lepas video pelajarnya menari viral dekat internet.

Pada 4 Mei lepas, sekolah mereka adakan sebuah majlis perpisahan dan ketika penutup, seorang guru naik ke atas pentas menyanyikan lagu dangdut remix. Disebabkan terlalu seronok, pelajar sekolah kemudian naik ke atas pentas beramai-ramai dan menari mengikut rentak lagu tu.
Dalam video tu boleh nampak semua pelajar tu terlalu asyik menari diiringi muzik remix. Ada yang menggelengkan kepala dan ada yang angkat tangan ibarat macam tengah clubbing la.
Sumber: Facebook
Menurut Ketua Jabatan Pendidikan Lampung Barat, Bulki, video tersebut dirakam oleh pelajar juga sebelum dimuat naik ke media sosial. Disebabkan video tu jadi viral, Rosidawati berasa malu dan berkata ianya memalukan dunia pendidikan selain menganggap dia lalai sebagai guru besar.

Bulki juga mengesahkan pihaknya sudah menerima perletakan jawatan Rosidawati tetapi masih sedang mempertimbangkannya.
“Iya memang benar. Surat pengunduran dirinya sudah kami terima, kepala sekolah mengakui kelalaiannya.”
Dah besar nak jadi geng cucuk langit agaknya adik adik tu.