in

“Saya mahu ibu saya!” – Kanak-Kanak 5 Tahun Ditinggalkan Berseorangan Lepas Ibu Bapa ‘Settle’ Penceraian

Ft Tinggalanak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dijumpai merayau dan dalam keadaan terpinga-pinga di dewan utama sebuah bangunan kerajaan di Liuzhou, China. Menurut laporan, pihak polis menjumpainya bersendirian dan seperti ada masalah sambil sambil menjerit,


Saya mahu ibu saya!”

Budak3

Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak tersebut membawanya ke situ bagi menyelesaikan dokumen penceraian. Bagaimanapun, selepas semuanya selesai kedua-duanya meninggalkan anak mereka berseorangan di bangunan tersebut.

Polis kemudian menggunakan telefon bimbit yang ada pada kanak-kanak itu untuk menghubungi bapanya. Namun apabila dihubungi lelaki itu memaklumkan dia telah keluar dari daerah tersebut dan tidak boleh berpatah balik secepat mungkin untuk menjemput anaknya.

Budak2

Kanak-kanak itu kemudian dibawa oleh polis yang bertugas ke balai polis untuk menunggu bapanya. Ketika itulah mereka cuba menenangkan dan meyakinkannya bahawa bapanya akan datang menjemputnya.

Sementara menunggu, kanak-kanak itu turut bertanya kepada pegawai di situ,

Ibu saya ditangkap oleh awak ke?”

Sebaik tiba di balai, kanak-kanak itu terus menjerit memanggil dan berlari ke arah bapanya. Gambar ketika kejadian itu berjaya dirakamkan oleh media tempatan dan menyentuh hati ramai orang.

Budak1

Tidak dinyatakan mengapa atau bagaimana kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut meninggalkannya berseorangan di bangunan terbabit dan tidak dilaporkan di manakah keberadaan ibunya ketika itu.

Baca: “Dah lama acik tak jumpa anak” – Sedih! Makcik Berkerusi Roda Ditinggalkan Bersendirian Di Tepi Jalan

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.