in

“Saya macam tak percaya, periksa berkali-kali” – Ebby Yus Tak Sangka, Peminat Transfer RM30k, Saat Duit Dia Dalam Bank Ada RM40

Ebby6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rezeki tak salah alamat, itu lah yang boleh difikirkan mengenai pendedahan seorang pelakon dan pelawak terkenal tempatan ini kepada Harian Metro.


Semalam, Ebby Yus mendedahkan yang dia pernah menerima bantuan berjumlah lebih dari RM30,000 daripada seorang peminat dari Singapura ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

 

Seluruh keluarganya meminati Ebby Yus

Bagaimanapun, pada awalnya Ebby Yus menolak sumbangan yang ingin diberikan secara baik malah dia sendiri yang menghubungi peminat wanita berkenaan.

“Pada awalnya, dia menghubungi pembantu saya dan menyuarakan hasrat untuk memberi sumbangan itu kerana tahu mengenai keadaan kesihatan yang saya alami.”

“Ketika itu, kita semua tak dapat bekerja kerana PKP. Jadi, apabila dimaklumkan oleh pembantu, saya sendiri menghubunginya dan menjelaskan bahawa keadaan kesihatan saya sudah kembali pulih.”

“Saya katakan pada dia, mohon sumbangkan doa pun sudah mencukupi. Namun, dia mendesak untuk tetap memberikan sumbangan kerana seluruh keluarganya meminati saya.”

 

Risau scammer tapi duit ada RM40 saja dalam bank

“Saya rasa sangsi juga kerana takut jika itu adalah ‘scammer’ kerana dia meminta nombor akaun bank. Tapi, bila difikirkan semula, dalam akaun saya pun cuma ada dalam RM40 saja, jadi tak rugi pun kalau saya bagi.”

Tak lama selepas itu, sejumlah wang bernilai SGD10,000 (RM30,491.93) masuk ke dalam akaun saya. Saya macam susah nak percaya, tapi bila diperiksa berkali-kali, memang benar.”

Ebby1

Ebby Yus berterima kasih kepada peminatnya. Dia juga berkata individu ini adalah kiriman dari Allah.

“Allah menghantar individu ini, yang bagi saya sangat berhati mulia dan ikhlas. Kalau bukan kerana situasi pandemik sekarang, saya dah ke Singapura untuk bertemu dengannya sekeluarga.”

“Jadi, sejak dari itu hinggalah ke hari ini, kami sering berkomunikasi menerusi telefon.”

Min minat Ebby Yus ni, lawak dia bersahaja je.

 

Baca : Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia, MUDA Bakal Salur RM50,000 Kepada Mahasiswa Terjejas

Ebby

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.