in

“Saya janji sumpah dengan Al-Quran tak buat lagi”- Budak Basikal Lajak ‘Meraung’ Lepas Kena Angkut Naik Van Jenazah

Featured 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kata sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna namun video yang viral di media sosial baru-baru ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada budak-budak basikal lajak di luar sana.


Umum mengetahui aktiviti basikal lajak semakin menjadi-jadi dari sehari ke sehari, malah sehingga ada yang meragut nyawa ekorang aksi bahaya yang ditunjukkan penunggang basikal ini.

Banyak usaha dilakukan bagi membendung kegiatan ini, tapi kaedah yang digunakan di Klang ini lain dari yang lain bila kanak-kanak ini ‘diajar’ secara deep.

Video ini kami dapatkan menerusi perkongsian Wan Cai di facebooknya.

Sedikit keinsafan buat adik adik basikal lajak

Sedutan rakaman ke-2 dari operasi kesedaran untuk adik adik basikal lajak yang berlumba dijambatan ke tiga klang..Lihat lah bagaimana reaksi ke dua dua nya adik adik ini..Bila ditanya pada awal nya menipu..Selepas dipaksa akan dimasukkan ke dalam keranda terus mengaku?Kecik kecik sudah pandai menipu..Boleh pula kata tak berlumba..Walhal rakan rakan saya yang lain pun nampak mereka berdua ini sedang buat aksi superman turun jambatan..Kepada ibu bapa jangan marah saya ya..Saya sedang cuba menyelamatkan nyawa anak anak anda dari ditimpa kecelakaan..Kelalaian anda mampu membuatkan anda kehilangan anak dalam sekelip mata..Tujuan kami sekadar untuk mencegah..Tugas menjaga anak anak ini bermula dari rumah..Cuma nak beritahu bau kapur barus masih lagi kuat kerana baru sahaja ambil 1 jenazah di hospital kuala lumpur sekitar jam 11 malam..Tak insaf juga tak tahu la?Apapun..Rakaman penuh akan saya kongsikan lagi selepas ini..Tunggu!

Posted by Mr Wan Cai Official on Saturday, February 8, 2020

“Sedutan rakaman ke-2 dari operasi kesedaran untuk adik adik basikal lajak yang berlumba dijambatan ke tiga klang..Lihat lah bagaimana reaksi ke dua dua nya adik adik ini..

Bila ditanya pada awal nya menipu..Selepas dipaksa akan dimasukkan ke dalam keranda terus mengaku?…Kecik kecik sudah pandai menipu..Boleh pula kata tak berlumba..Walhal rakan rakan saya yang lain pun nampak mereka berdua ini sedang buat aksi superman turun jambatan..

Kepada ibu bapa jangan marah saya ya..Saya sedang cuba menyelamatkan nyawa anak anak anda dari ditimpa kecelakaan..Kelalaian anda mampu membuatkan anda kehilangan anak dalam sekelip mata..

Tujuan kami sekadar untuk mencegah..Tugas menjaga anak anak ini bermula dari rumah..

Cuma nak beritahu bau kapur barus masih lagi kuat kerana baru sahaja ambil 1 jenazah di hospital kuala lumpur sekitar jam 11 malam..Tak insaf juga tak tahu la?”

Video berdurasi 3 minit 18 saat itu memaparkan 2 kanak-kanak lelaki yang ‘ditangkap’ sebab bermain basikal lajak pada awal pagi dan dalam keadaan merbahaya.

Pada awalnya, kedua-duanya menipu namun selepas ditakutkan oleh kumpulan lelaki tersebut mereka akhirnya mengaku akan perbuatan mereka bermain basikal lajak.

Kejadian dipercayai berlaku di Klang dan video tersebut sehingga kini meraih 351,000 tontonan di facebook.

5
Sumber: facebook
6 1
Sumber: facebook

 

Ini baru pengajaran namanya…

Baca : Kering sangat hati budak-budak ni Tular Video Sekumpulan Kanak-kanak Main Basikal Lajak Atas Jalan Raya Sampai

Bas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.