in

“Saya jahat” – Orang Awam Sempat Selamatkan Wanita Berpurdah Cuba Terjun Jambatan

Wanita Purdah Terjun Jambatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suhaila Zakaria, 28, adalah antara saksi yang berada di tempat kejadian semasa seorang wanita berpurdah cuba untuk terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra semalam kira kira jam 1.40 tengah hari.


Suhaila semasa itu sedang dalam perjalanan dari bandar Kota Bharu untuk pulang ke rumahnya di kampung Dalam Rhu, Tumpat.

“Wanita itu sudah hampir terjatuh dari jambatan tapi kakinya dan jubah yang dipakai tersekat sebelum segera dipegang orang ramai,” kata saksi.

Katanya, dia yang sedang menunggang motosikalnya ternampak ramai orang berkerumun di tepi jalan atas jambatan berkenaan sebelum dipanggil untuk memberhentikan kenderaannya.

Sini tempat ore nk bunuh diri sokmo2…Alik ni Jah …alik sano x…Sini tempat keras tepat ore buwe segala sihir saka, nyakit…ore buang dan mati dio sini (setan) pertukaran nyawa …(mengikut kajian mistik)

Posted by Broo No on Wednesday, September 28, 2022

 

Ada orang minta tolong saya untuk sama-sama memegang wanita itu kerana mereka semua yang berada di situ adalah lelaki. Mangsa ketika itu kelihatan dalam keadaan menangis teresak-esak.

“Kami tak pasti wanita itu dari arah mana cuma dia memakai jubah dan berniqab malah dia juga sudah hampir terjatuh dari jambatan, nasib baik orang ramai sempat memegangnya.”

“Dia (mangsa) kelihatan celaru dan asyik menyalahkan diri sendiri sambil berkata ‘saya jahat’ tanpa menerangkan perkara sebenar,” kata saksi.

Sebaik sahaja ditenangkan, wanita berpurdah itu dibawa ke balai polis berhampiran oleh sebuah kereta peronda yang kebetulan lalu di jalan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Darul Naim, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 1:45pm tengah hari.

Seramai tujuh orang anggota dikejarkan ke lokasi dan sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, dimaklumkan bahawa mangsa sudah dibawa oleh polis dan misi menyelamat dianggap selesai. Lapor Utusan.

Baca : “Mereka dibawa kepala air” – 4 Termasuk Seorang Pelajar Pondok Warga Malaysia Lemas Di Aceh

Lemas Aceh 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.