in

“Mereka dibawa kepala air” – 4 Termasuk Seorang Pelajar Pondok Warga Malaysia Lemas Di Aceh

Lemas Aceh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Fenomena ini berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.



Baru-baru ini, lima orang pelajar sebuah sekolah pondok lemas ketika berenang di sungai Brayeun, Kecamatan Leupung, Aceh.

Empat Santri Korban Terseret Arus Di Brayeun Aceh Besar Meninggal

Menurut laporan CNN Indonesia, Ketua Basarnas Banda Aceh, Ibnu Harris Hussain berkata, kejadian bermula ketika lima pelajar itu berenang di Sungai Brayeun ketika keadaan sedang hujan lebat.

Namun, tiba-tiba berlaku kepala air yang menybebkan arus sungai semakin deras lalu membuatkan mereka berlima hanyut.

“Seorang berjaya diselamatkan penduduk tempatan, empat lagi mangsa hilang dibawa arus dan ditemui mati,” katanya.

Beliau juga berkata, mayat mangsa terakhir dihanyutkan sehingga ke kawasan Pantai Lampuuk dan mangsa dikenal pasti merupakan seorang pelajar yang berasal dari Malaysia.

Difahamkan, jenazah Fakhrul dijumpai oleh kumpulan nelayan dan dikatakan usaha membawa keluar jenazah pelajar itu sedikit sukar memandangkan laut bergelora dan angin kencang.

“Kami sudah maklumkan kepada keluarganya di Malaysia dan semua urusan bakal selesai,” katanya lagi. 

Inalillah, harap semua sentiasa berjaga dalam musim hujan ni…

Baca: “Mamah pulang dulu ya” –  Anak Gabenor Indonesia Yang Lemas Masih Belum Ditemui, Ibu Titip ‘Pesanan’

Ril… Mamah Pulang Dulu Ke Indonesia Ya.. Mamah Titipkan Kamu Dalam Penjagaan Dan Perlindungan Terbaik Dari Pemilikmu Yang Sebenarnya Allah Swt Dimana Pun Kamu Berada…

 

Sumber: merdeka.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.