in

“Saya ingatkan dia tu setan” – Bapa Tamatkan Riwayat Anak Tapi Tak Kena Tangkap Sebab…

Ayahbunuhanak

Seorang ayah  tergamak menikam anaknya 76 kali sebab menyangka anaknya itu syaitan. Tapi dia tak disabitkan bersalah biarpun dah mengaku perbuatan tu.

 

Dapat rasakan anak ada kuasa jahat

Australian Father With Stabbed Son

Menurut sumber, sebelum pembunuhan ni terjadi lelaki tu dah lama fikir yang ada something yang tak kena kat anak dia ni.

Dia menceritakan perkara ni kepada ibunya (nenek mangsa) pasal hal ini, rasa tak sedap dengan pandangan anaknya tu, dia ceritakan kepada klinik kesihatan mental sebab kata-kata anak dia tu menganggu minda dia sampai susah nak tidur malam.

Ibu dia kemudian cuba nak admit kan dia ke hospital tapi tak jadi apabila hospital tu tak cukup katil untuk provide kan pesakit. Malah ibunya risau kalau cucunya di apa-apakan.

“Saya risau sangat kalau saya bangun tidur je tahu-tahu cucu saya dah mati”

Tapi naluri ibu dia tu ternyata betul apabila dia terkejut melihat si cucu ni dah mati dengan cara tertiarap di atas katil.

Dilaporkan, lelaki Australia ini capai pisau kat dapur dan bunuh anak dia yang berumur 5 tahun tu masa tengah tidur, insiden ini berlaku pada 8 Jun 2018.  Dia membuat pengakuan kepada pihak polis bila dah sampai rumah.

Saya baru je bunuh anak lelaki saya. Saya ingatkan dia tu syaitan. Tapi dia dah mati sekarang sekurang-kurangnya tak ganggu pemikiran saya.”.

 

Tak disabitkan bersalah sebab…

Five Year Old Stab Victim

Mangsa disahkan mati di hospital, suspek ditangkap dan tidak didapati bersalah selepas dihadapkan ke mahkamah.

Hakim Peter Hidden menjelaskan bahawa, suspek melakukan perkara sedemikian dalam keadaan tidak waras. Dia disahkan menghidap penyakit schizophrenia sejak tahun 2003.

Lepas dia bunuh anak, dia ada jelaskan lagi kepada pihak berkuasa yang tujuan dia bunuh anak sendiri adalah misi agama untuk menyelamatkan roh dia dan anak dia. 

“Budak tu telah merobek jiwa saya dan saya tahu apa yang saya buat ni benda betul”

Bagaimanapun suspek kini berada di bawah penjagaan kesihatan mental.

 

Baca : Kisah Cinta Tragis: Isteri Sanggup Curah Asid Ke Muka Kekasih, Demi Ubah Wajah Jadi Muka Suami Yang Dibunuh!

Bunuh