in

“Saya dah biasa difitnah & dikata begini” – Ustaz Ebit Bakal Jawab Isu Misi Di Gaza Tengahari Ini

Uel3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas isu mengenai dirinya menjadi hangat sejak kebelakangan ini, tuan empunya badan, Ustaz Ebit Lew akhirnya ‘bersuara’ menerusi laman Instagram miliknya.


 

Saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya… Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini…Tapi..”

Menurut UEL, dia sudah biasa dengan fitnah dan tohmahan yang menimpa pada dirinya dan ia anggap bahawa isu ini kecil bagi dirinya.

Namun begitu, hatinya sedih apabila anak, arwah ayah, isterinya dan isteri kepada team-teamnya menangis gara-gara isu misi di Gaza ini.

“Kami cuma manusia biasa. Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis. Pagi ni anak saya peluk saya menangis. Cukuplah.”

Katanya UEL lagi, makin dia diam makin ramai buat kenyataan tentang dirinya, keluarga dan team.

“Arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan. Saya benar-benar kecewa dan sedih.”

Oleh sebab itu, hari ini Ustaz Ebit Lew (UEL) bakal membuat sesi live di Instagram untuk menjawab segala spekulasi dan sebarang kenyataan yang melibatkan dirinya.

Semalam, UEL dilaporkan tiba ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung dengan isu ini kira-kira jam 6.16 petang, lapor Berita Harian.

Jom lah sama-sama kita tunggu agar krisis ini tidak tertumpu kepada sebelah pihak dan mungkin dapat dileraikan.

 

Baca : “Saya ditegur agak keras oleh team EL…” – Nadir Al Nuri Dedah ‘Situasi Sebenar’ Disebalik Misi Gaza Ustaz Ebit Lew?

Nadir Ebit Lew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.