Nampaknya isu mengenai jantina Sajat masih lagi hangat di bahaskan. Ini kerana wujud lagi satu isu baru di mana dia ada upah seseorang untuk bantu dia tukar jantina pada IC.
Bagaimanapun, menurut mStar Online, individu yang membantunya, Yusmiliati Mohamed Yusof menegaskan ia bukanlah nak bersubahat nak memalsukan dokumen pertukaran jantina Sajat, sebaliknya sekadar membantunya uruskan proses tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Permohonan ditolak sebab tak ada surat sah mengatakan dia khunsa
https://www.facebook.com/mstardotcomdotmy/videos/356538851696595/
Ceritanya begini, Sajat dan PA Ashaari Maznan ada berjumpa dengan dia untuk meminta tolong menukar maklumat jantina dalam kad pengenalan pada Ogos 2017.
Mereka meminta tolong untuk tukarkan maklumat jantina pada IC sebab nak berkahwin, jadi Yusmiliati pun bantulah dengan dokumen-dokumen yang mereka sediakan.
“Saya membantu menguruskan dokumen bagi menukar maklumat jantina dalam kad pengenalan asalnya mengikut syarat yang dinyatakan JPN”
Bagaimanapun Sajat gagal menepati syarat-syarat kukuh yang mengatakan bahawa dirinya adalah khunsa. Jadi, permohonannya ditolak.
Bengang sebab permohonan gagal, lapor polis sebab menipu dan ‘songlap’ duit.
Disebabkan itu, Sajat tak puas hari dan tuduh Yusmiliati menipu duit bayaran bagi proses berkenaan.
Sajat dan PA buat laporan polis atas tuduhan menipu. Disebabkan itu Yusmiliati ditahan reman selama empat hari pada 1 Januri 2019. Bengang dan kecewa imejnya dah tercalar, Yusmiliati meminta Sajat untuk membuat permohonan maaf menerusi video di laman sosialnya dalam tempoh 48 jam.
Jika gagal, Yusmiliati berkata dia tak teragak-agak untuk meneruskan proses saman.
Baca : Mahkamah Dedahkan Nama Sebenar ‘Bang Jat‘