Satu kisah cinta tiga segi yang berakhir dengan insiden tragis apabila janda anak tiga ini meninggal dunia di tangan lelaki yang mencintainya.
Pelaku, Zaharuddin merupakan kekasih mangsa, sewaktu mereka sedang menjalinkan hubungan cinta, ayahnya Ibramsyah menaruh hati kepada janda tersebut.
Kahwin lari dengan bapa kekasih
Menerusi sumber Tribunnews, punca kejadian yang berlaku di Indonesia ini berlaku akibat rasa cemburu Zahiruddin kerana mereka telah menjalinkan hubungan selama 9 bulan.
Hati Zahiruddin punah apabila dapat tahu yang janda tersebut ada affair dengan ayahnya sendiri. Lebih teruk lagi, mereka berdua dah kahwin lari.
“Saya dengan dia dah bercinta 9 bulan, dia boleh curang dengan ayah saya sendiri”
Zahiruddin menjelaskan bahawa dia ada ajak berbincang dengan baik kepada mangsa, namun mangsa tengking-tengking.
Ia telah membuatkan Zahiruddin naik berang dan terus menikam janda tersebut berulang kali sehingga maut.
Selepas dia melakukan perbuatan kejam itu, dia terus melarikan diri. Namun polis sempat menjejaki Zahiruddin dan dia berjaya ditangkap.
Pelaku panas baran, kaki pukul
Kes Zahiruddin sedang dalam perbicaraan, susulan dengan penangkapannya, keluarga dan jiran tetangga menceritakan sikap sebenar si pelaku ni sepanjang mereka bersama.
Pelaku merupakan seorang penganggur dan bersikap seorang yang panas baran dan sering mengasari mangsa.
Tak hanya itu, pelaku juga diketahui kerap kali berkata kasar kepada korban.
“Dia tu memang kurang ajar, suka pukul mangsa, kesian. Sekarang dah kena tangkap polis. Dengar cerita kakinya ditembak”
“Kenapa tak tembak dekat kepala dia je”
Ketiga-tiga anak mangsa kini tinggal bersama ayah mangsa.