“Saya tak malu, dia ada pengalaman” – Baru 4 Bulan Kenal, Atuk 70 Tahun Kahwin Janda 28 Tahun Dengan Mas Kahwin RM15 Je!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Memang betullah apa yang orang cakap, cinta tu buta…

Seorang wanita berusia 28 tahun berkahwin dengan seorang lelaki berpangkat atuk empat bulan lepas dorang jumpa untuk pertama kali. Fuh, laju!

Menurut Solopos, wanita yang berasal dari Jawa, Indonesia ini berjumpa dengan lelaki berusia 70 tahun ini di hutan ketika mereka berdua pergi mengambil air. Peh, macam cerita klasik…

Sumber: Solopos

Mereka kemudiannya menjadi kawan dan lelaki ini sering melawat wanita yang bernama Reda Vadela ini di rumahnya. Bagaimana pun, selepas gambar perkahwinan mereka tular di internet, netizen mula judge pasangan ini.

Sumber: Solopos

Ramai yang berkata Reda berkahwin dengan lelaki ini hanya kerana duit, namun apa yang mereka tak tahu, hantaran yang diletakkan oleh Reda hanya 50,000 rupiah (RM15) sahaja. Lepas dapat tahu benda ni, barulah netizen percaya yang cinta mereka ini, cinta sejati.

Reda berkata, walaupun jarak usia antara dirinya dan suami jauh, dia tak malu dan sangat bahagia dapat berkahwin dengan suaminya.

Lebih-lebih lagi bila suaminya ini memang ada pengalaman membesarkan keluarga dan sangat sukakan kanak-kanak.

Kalau hati dah suka, siapalah kita nak menidakkannya…

 

Baca: “Muda-muda dah dapat calon” – Netizen Jeles Tengok Budak 14 Tahun Berkahwin Gadis Cantik Umur 21 Tahun!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson