in

“Saya bukan anak yang baik” – Lelaki Tinggal Nota Sebelum Bunuh Diri di Rumah Ibadat

Page 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian bunuh diri ni selalunya jadi kat bangunan lama, dalam bilik tak pun tempat-tempat terpencil. Tapi berbeza pula dengan lelaki di Sarawak ni yang dipercayai membunuh diri di sebuah rumah ibadat.


Menurut Harian Metro, seorang lelaki berusia 38 tahun ditemui berlumuran darah dan tak sedarkan diri di dalam kereta oleh seorang pekerja tokong di Tokong Buddha Lim Fan Sah, Jalan Tabuan, Kuching.

31454027 164406584393070 3462755152618848256 N
sumber: facebook

“Maafkan saya, saya bukan anak yang baik”

Dalam kejadian pada pukul 5 petang tu, lelaki yang bekerja sebagai buruh itu turut meninggalkan nota terakhir kepada keluarga meminta maaf kerana merasakan dia tidak menjadi anak yang baik.

“Maafkan saya, saya bukan anak yang baik,” tulis lelaki tersebut dalam satu nota berbahasa Cina.

Note
sumber: harian metro

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki tersebut memandu masuk ke kawasan rumah ibadat itu pada jam 1.40 tengah hari sebelum dijumpai pekerja di situ.

“Pekerja tokong yang kebetulan melalui di kawasan berkenaan kemudian meninjau kereta berkenaan sebelum menemui lelaki terbabit dalam keadaan berlumuran darah,” kata Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek.

31454158 164406687726393 5266664184560484352 N
sumber: facebook

Guna pisau kelar pergelangan tangan kiri dan kanan

Menurut ketua polis, lelaki tersebut gunakan senjata tajam untuk mengelar sendiri pergelangan tangan kiri dan kanan. Selain itu, terdapat juga koyakan pada dahi dan kaki kanannya.

“Polis juga menemui sebilah pisau yang digunakan lelaki terbabit untuk mencederakan dirinya di dalam kereta berkenaan,” kata Ng Ah Lek.

Anak kedua daripada tiga beradik itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

31453748 164406647726397 5713928992000573440 N
sumber: facebook

Mesti ayah dia sedih bila baca nota tu nanti. Kalau ada masalah, seelokknya bincang terlebih dahulu dan jangan buat keputusan terburu-buru yang boleh memudaratkan diri ye.

Baca: Calon SPM Hilang, Tinggal Nota Selepas Belajar Cara Bunuh Diri di Permainan Online Blue Whale

Milaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.