in

“Saya berbangsa India” – Nafi Berketurunan Chetti Melaka, Taanusiya Tegur Netizen

Taanusiya Bukan Keturunan Chetti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ratu cantik Malaysia, Taanusiya Chetty tampil menjelaskan dakwaan mengenai latar belakang dirinya selepas namanya dikaitkan dengan berketurunan Chetti Melaka.

Menerusi hantaran di laman Threads, Taanusiya lebih mesra disapa Taanu, 26, menegaskan bahawa dirinya berbangsa India dan bukannya dari Melaka seperti yang didakwa.


“Sekadar menjelaskan dengan baik, saya berbangsa India dan bukan berasal dari Melaka, jadi saya tidak pasti dari mana datangnya anggapan tersebut.”

Pada masa sama, pemenang tempat ketiga Miss World 2026 itu meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum membuat atau menyebarkan dakwaan mengenai latar belakang seseorang.

Snapinsta.to 799486989 18633218608041466 84615958243559101 N

Menurut Taanusiya, Malaysia cukup istimewa kerana kepelbagaian yang dimiliki dan dia berbangga menjadi rakyat Malaysia.

“Saya berharap kita dapat memilih untuk memahami daripada membuat andaian, serta memilih untuk bersikap baik daripada menyebarkan maklumat yang mungkin tidak tepat,” katanya.

Screenshot 2026 09 11 111052

Artikel berkaitan: “You weren’t even born yet!” – Selepas 28 Tahun, Lina Teoh Teruja Taanusiya Chetty Samai Rekod Miss World 1998

Artikel berkaitan: Fasih Tutur Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin & Tamil, Wakil Miss World Malaysia Dipuji

Kenyataan tersebut hadir selepas seorang pengguna Threads, mendakwa Taanusiya mempunyai darah keturunan Chetti Melaka iaitu komuniti India Peranakan yang sudah wujud di Melaka sejak sekitar zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Chetti Melaka dipercayai berasal daripada keturunan pedagang Hindu dari India Selatan, khususnya kawasan Pantai Koromandel, yang datang berdagang dan kemudiannya menetap di Melaka.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.