Satu Keluarga Kena Masuk Wad Sebab Terhidu Gas Beracun Akibat Masak Sambil ‘On’ Aircond

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Biasanya kalau kita nak masak dekat rumah, mesti kita akan hidupkan sistem pengudaraan dulu lebih-lebih lagi kalau rumah yang pasang penghawa dingin

Baru-baru ni satu kejadian buruk menimpa sebuah keluarga di Nanning, China di mana mereka telah di sahkan menghidu gas karbon dioksida secara berlebihan.

Menurut World Of Buzz kejadian ini berpunca apabila datuk keluarga itu yang di kenali  sebagai Liang yang memutuskan untuk memasak.

Liang terlupa untuk menghidupakan sistem pengudaraan dan sistem penghawa dingin masih lagi terpasang ketika sedang memasak.

Lepas sejam dekat dapur, adik perempuan dan cucu Liang berasa kurang senang dan pergi melihat sendiri apa yang berlaku.

Mereka terkejut bila melihat keadaan Liang yang sepertinya tidak mampu untuk berjalan dan kelihatan tak bermaya.

Mereka bertiga segera di kejarkan ke hospital berdekatan dan doktor telah mengesahkan di mana mereka telah terhidu gas beracun.

Sumber : World Of Buzz

Namun begitu, kadar gas yang telah dihidu adalah berbeza-beza dan Liang merupakan individu yang paling teruk terhidu gas beracun itu.

Doktor turut mengesahkan kejadian ini terjadi akibat pintu dan tingkap yang tertutup rapat yang sekaligus menyebabkan kadar karbon monoksida menjadi banyak.

Nasib baik diaorang cepat ke hospital kalau tak boleh hilang ingatan atau yang lebih teruk boleh jadi bisu. Fuhh admin pun takut bila dengar.

Sebab tu lah kita semua kena sentiasa beringat dalam melakukan perkara apa sekali pun, even nak masak dekat rumah pun masih boleh berlaku macam-macam tau.

 

Baca: ”Doktor ingat nak bunuh diri” – Suri Rumah Hampir Maut Keracunan Gas Klorin Gara-gara Campurkan Klorox dan Pencuci Lantai!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Naqiuddin

Menulis berita-berita terkini, trending dan semasa. Belajar dan terus belajar.