Minggu lepas ramai penduduk di beberapa negeri di Amerika Syarikat telah mengadakan perhimpunan untuk protes yang disertai kumpulan ‘anti-lockdown’. Mereka mendesak agar perintah lockdown dibatalkan supaya kehidupan seharian mereka tidak terganggu.

Ternyata protes rakyat Amerika secara tidak langsung telah ‘mengapikan’ penduduk di beberapa negara lain yang kini dilaporkan turut membuat protes meminta tempoh kuarantin dibatalkan.
Menurut The Sun, banyak negara di seluruh dunia sekarang ‘demand’ kepada kerajaan masing-masing agar pelaksanaan #StayAtHome ditarik semula.
1. Rusia
Sekurang-kurangnya 1,000 orang sertai perhimpunan di Vladikavkaz, Rusia petang kelmarin menentang pelaksanaan perintah lockdown.
Penduduk setempat memenuhi bandar itu dan mendesak untuk bercakap dengan gabenor. Mereka dikatakan risau dengan keadaan ekonomi semasa serta tidak percaya dengan pihak berkuasa yang didakwa korup.



2. India
Meskipun sudah lebih 18,000 jumlah kes positif Covid-19 dan lebih 590 kematian namun baru-baru ini tercetus pertempuran di Delhi apabila ribuan pekerja berkumpul di stesen kereta api untuk pulang ke kampung masing-masing.
Pihak polis terpaksa menggunakan batang kayu untuk menghalau orang ramai. Ketika keadaan huru hara itu, mereka dikatakan menjerit,
Hantar kami balik atau beri kami makan!”

Difahamkan, di India kini berlaku krisis orang susah dan memerlukan tidak mendapat kelengkapan serta makanan daripada kerajaan. Jika kuarantin tidak dilaksanakan bermakna mereka boleh bekerja dan isi perut masing-masing. Desperate measure lah ni, kesiannya…
3. Perancis
Sementara itu di Perancis pula orang ramai protes selepas polis memberikan layanan tidak memuaskan kepada golongan minoriti.
Des unités de police répondent aux feux d’artifices par des tirs de grenades lacrymogènes.#VilleneuveLaGarenne pic.twitter.com/A7CP6hRCjS
— Taha Bouhafs (@T_Bouhafs) April 19, 2020
Terdahulu, di Villeneuve-la-Garenne utara Paris telah berlaku pertempuran antara polis dan golongan belia selepas seorang lelaki berusia 28 tahun cedera dilanggar kereta polis tidak bertanda.

Perancis setakat ini mencatatkan lebih 117,000 jumlah kes dengan lebih 20,000 kematian akibat pandemik Covid-19.
4. Brazil
Brazil mencatatkan lebih 43,000 jumlah keseluruhan kes dengan lebih 2,700 kematian namun presiden mereka sendiri dikatakan tidak bersetuju dengan perintah lockdown.


Mengejutkan, Presiden Jair Bolsonaro sertai protes bersama 600 rakyatnya yang berkumpul di depan ibu pejabat tentera darat Brazil. Jair tidak bersetuju bahawa keputusan #StayAtHome itu diputuskan oleh gabenor setiap negeri selain meminta agar pemerintahan tentera dikembalikan.

5. Afrika Selatan
Berlaku ketegangan di Afrika Selatan apabila ramai membuat rusuhan di Cape Town akibat masalah kekurangan makanan yang sangat teruk.
Bukan sekadar arahan lockdown, Afrika Selatan turut melaksanakan peraturan di mana rakyat tidak dibenarkan membeli beberapa barangan bukan kepeluan seperti rokok dan alkohol.


Kesian juga dekat orang-orang susah yang tak dapat makan semua tu sampai terpaksa protes macam ni…

