Baru sahaja bulan lepas Turkiye berdepan dengan gempa bumi kuat hingga mengorbankan ribuan rakyatnya, baru-baru ini dilaporkan wilayah Sanliurfa di negara tersebut pula dilanda banjir kilat hingga mengorbankan 14 nyawa.
Menurut Independent, banjir besar yang melanda wilayah yang sebelum ini terjejas akibat gempa bumi telah menyebabkan kenderaan and serpihan dibawa arus, serta merubah beberapa jalan di wilayah itu menjadi sungai berlumpur.
Akibat dari banjir tersebut, penempatan penduduk di dalam khemah dan rumah kontena yang terjejas kerana gempa bumi yang berlaku bulan lepas juga musnah hingga mengakibatkan kematian.
Bayi usia 1 tahun antara mangsa banjir
Hujan lebat yang melanda kawasan-kawasan yang terlibat telah bermula kelmarin dan perkhidmatan cuaca juga meramalkan ia akan berterusan.
Pegawai Turkiye memaklumkan banjir berkenaan telah meragut 12 nyawa di Sanliurfa, manakala 2 individu lagi termasuklah seorang bayi berusia setahun yang meninggal dunia berhampiran Adiyaman. Manakala 5 orang lagi dilaporkan hilang dan tidak diketahui nasib mereka.
Beberapa imej dan video dari media sosial juga telah tular memaparkan arus banjir yang telah menghanyutkan kereta dan rumah-rumah sementara yang dibina untuk mangsa gempa.
Deprem bölgesi #Şanlıurfa'da dün akşam saatlerinde başlayan sağanak yağış sele neden oldu. Şanlıurfa Valisi Salih Ayhan, dört kişinin hayatını kaybettiğini açıkladı. pic.twitter.com/iGMlLRZxjl
— Kampana News (@kampananews2022) March 15, 2023
https://www.facebook.com/astroawani/videos/160356430215456/
Semoga penduduk yang terjejas dengan banjir ini diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian besar ini. Tabah!
Baca: “Bagaimana pula di hari Qiyamat” – Netizen Gerun Lihat Perubahan Wilayah Di Turkiye Lepas Gempa Bumi