in

“Sarung tangan ni kami para vet guna” – Peniaga ‘Viral’ Kena Tegur Lagi Isu Salah Pakai ‘Glove’

Panjang Sarung Tangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, peniaga yang tular di TikTok, Dania Sedek menjadi perhatian ramai selepas menerima teguran daripada netizen dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan penggunaan sarung tangan kuning yang tidak sesuai digunakan untuk pengendalian makanan.

Namun nama Dania sekali lagi menjadi sebutan selepas tular satu lagi video di TikTok yang memaparkan dia menggunakan sarung tangan panjang hingga ke bahu berwarna putih dalam mengendalikan makanan.


@daniasedek

Replying to @Chamomile hehe kalau ceni cukup panjang tak? Harini saya siapkan air asam awal sebab banyak bekaih nak kena bawak ke Bazaar harini. Harini kita buat banyak jangan risau. Kalau yang tak sempat beli semalam, meh datang harini yea. Make sure datang awal 🥰 Bazaar open jam 3.00 petang sampai habis. Ipoh Night market jam 5.30pm ❤️ Jemput datang

♬ original sound – Dania Sedek – Dania Sedek

Sarung tangan itu diguna sebagai respon kepada komen netizen yang meminta dia memakai sarung tangan yang lebih panjang sedikit untuk menggaul air asam supaya kerjanya lebih mudah.

Haa kak, cukup panjang tak kak? Yang ni kak, habis panjang dah saya dapat jumpa. 

“Yang ni paling panjang kak, ni kalau saya kurus ni sampai ke bahu dia pergi. Haa baru puas hati. Saya pakai glove panjang demi kakak. Glove ni memang untuk akaklah kiranya,” katanya.

“Glove ni macam vet guna untuk tolong lembu beranak… ke lain?” 

Namun video berkenaan mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mempersoalkan penggunaan sarung tangan panjang itu yang disamakan dengan sarung tangan yang digunakan khas oleh para veterinar dan penternak.

Malah sarung tangan itu juga didakwa dipakai untuk memeriksa lembu yang ingin beranak dan sebagainya. Emm ye ke korang? 

Komen Netizen Dania

Apa-apapun kita doa yang baik-baik sajalah untuk bisnes peniaga ni. Semoga terus sukses dan menjaga kebersihan makanan yang dijual dengan sebaiknya. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.