Covid-19 satu pandemik yang menggemparkan dunia, wabak maut yang mencetuskan panik di setiap negara yang terjejas.
Angka positif Covid-19 sehingga kini hampir mencecah 500,000 orang dengan 18,491 (sehingga artikel ini ditulis) telah dilaporkan maut.
Ia bukannya angka yang sedikit, jika nak dibandingkan dengan wabak yang pernah berlaku dan megejutkan dunia sebelum ini seperti SARS, Ebola dan lain-lain.
Persoalannya kenapa negara CHINA selalu dikaitkan dengan wabak maut?
Sebelum kita mengulas lebih lanjut, jom kita imbas kembali bagaimana penularan wabak Covid-19 seperti yang didakwa.
Dipercayai ia bermula di sebuah pasar basah di Wuhan yang pihak berkuasa percaya sebagai ‘lokasi utama’ wabak tersebut dipercayai muncul. Bila difikirkan balik, mungkin ianya betul sebab pasar tersebut bukan sahaja menjual haiwan-haiwan domestik sebaliknya turut menjual haiwan eksotik seperti ular, tenggiling, kelawar, beruang dan banyak lagi.
Profesor Peter Li dari Universiti Houston Downtown berkata situasi itu tidak langsung mengejutkan sebaliknya diketahui dengan meluas.
Sangkar yang diletakkan haiwan ini disusun secara bertingkat, haiwan yang berada di sangkar bawah sudah tentu dibasahi dengan air kencing, darah, nanah dan pelbagai kotoran lain.
Justeru ramai pihak yang percaya, ia merupakan punca bagaimana wabak SARS dan Covid-19 bermula sebelum tular ke sebahagian besar negara tembok besar itu.
Korang just imagine lah, haiwan yang dijual sudah tentu tidak dicuci dengan bersih semasa disembelih atau ketika proses pembersihan, bila dijual, berlaku sentuhan sebelum wabak atau virus berpindah ke individu lain.
Tambahan pula pada 1989 Beijing telah klasifikasikan haiwan-haiwan eksotik ini sebagai sumber semulajadi. So ia sekaligus merancakkan lagi aktiviti penternakan dan perdagangan haiwan eksotik ini, so jangkitan akan lebih mudah tersebar kepada populasi yang lebih besar.
Alkisahnya itu lah dia, kajian mengenai bagaimana CHINA seringkali dikaitkan dengan wabak-wabak bahaya ini.
Sumber ; thepatriots