in

Sarimah Kongsi ‘Rahsia’ Kekal Awet Muda Walaupun Dah Berusia 42 Tahun

Collage 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemunculan bekas pengacara yang terkenal dengan cakap lajunya ini di minggu kedua program Gegar Vaganza Musim ke-9 baru-baru ini telah membuatkan ramai peminatnya terpukau.

Bukan sahaja telah berjaya mengegarkan pentas dan memeriahkan acara, penampilan Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim ini juga turut mendapat pujian dari netizen apabila rata-ratanya merasakan bahawa wajahnya dilihat tak dimamah usia walaupun dah mencecah usia 42 tahun.


https://www.instagram.com/p/Ci8JqWgrHO2/?hl=en

Di media sosial, ramai netizen yang memuji kecantikan Sarimah sehingga ada yang samakan dia dengan vampire!

Screenshot 2022 09 27 At 11.46.00 Am Down

Namun begitu, Sarimah menyangkal dakwaan vampire tersebut dengan mengatakan yang dia tak suka tengok darah.

Atas permintaan ramai juga, Sarimah turut kongsikan “rahsia” penjagaan mukanya itu sehingga dia kelihatan kekal awet muda di Twitter peribadinya.

Menurut Sarimah, dia minum dua liter air masak setiap hari dan satu cawan oatmeal latte sebelum membuat senaman.

Selepas itu, dia akan membuat senaman kardio yang “kaw-kaw” selama 40 minit untuk kekalkan kesihatan dan kelangsingan badan.

https://www.instagram.com/p/Ci1r-06pzax/?hl=en

Selain itu, Sarimah turut mengatakan bahawa dia pastikan tidurnya cukup 7 jam setiap hari, solat dan selalu buat senaman pernafasan dari bawah perut.

Pengacara dan pelakon ini juga turut menasihatkan orang ramai untuk tidak memakai foundation pada kebanyakan hari dan sentiasa basuh muka setiap malam sebelum tidur.

Paling penting, jangan lupa untuk pakai sunscreen SPF50 plus banyak-banyak setiap hari.

Screenshot 2022 09 27 At 11.55.21 Am

Wow, senangnya rutin harian Sarimah ni, tak payah pun pakai krim mahal-mahal. Harap-harap min pun dapatlah muka muda macam Sarimah lagi 10 tahun. Ehehehe

 

Baca: “Saya mulakan karier saya di sini” – Bakal Digantikan Dengan Didik TV, Sarimah Ibrahim Imbas Kenangan Bersama NTV7

Sarimah Ntv7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.