in

“Saraf mata boleh rosak, kesan sampai dewasa”- KKM Kongsi Kesan Buruk Bagi Anak Main Gajet

Gambar Hiasan 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penggunaan gajet dan telefon pintar pada masa kini seolah-olah telah menjadi satu lumrah tidak mengira lapisan umur. Walaupun mempunyai kebaikan seperti tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa, namun penggunaan teknologi yang canggih ini turut tidak terlepas dari kesan yang negatif.


Tahukah korang bahawa antara kesan negatif penggunaan gajet dalam tempoh yang lama boleh memberi kesan kepada saraf mata ataupun bebola mata. Selain itu, ianya akan turut membuatkan mata setiap individu menjadi lebih cepat kering selain mengganggu penglihatan.

Bagi yang sering memberi anak-anak kecil menggunakan gajet seperti telefon pintar ataupun ‘tablet’ tanpa pengawasan, ia turut mengundang kesan sampingan ini apabila umur mereka meningkat dewasa.

Namun, tidak salah sebenarnya sekiranya mahu memberikan anak-anak menggunakan gajet tetapi tempoh penggunaannya perlu diawasi.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, ini antara empat kesan penggunaan gajet ke atas mata kanak-kanak.

119251435 10157367767796237 143949808033383444 O

Penglihatan kabur

Penurunan tahap penglihatan yang teruk akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan berganda.

Mata kering

Kedudukan kanak-kanak semasa menggunakan alat peranti yang tidak sesuai akan menyebabkan masalah mata kering, mata penat dan kesakitan di bahu dan leher.

Kerosakan saraf mata akibat pendedahan terhadap cahaya biru dari skrin paparan gajet

Jika sinar UV dapat ditapis oleh kornea dan kanta kristalin dalam mata cahaya biru berupaya menembusi sehingga ke peringkat saraf mata.

Peningkatan myopia (rabun jauh)

Penggunaan gajet juga akan menyebabkan regangan bebola mata turut berlaku apabila proses akomodasi berlaku pada masa yang sama.

So, tak bermasud tak boleh langsung ye, tapi haruslah tidak terlalu lama penggunaannya.

Baca: Padah Main Smartphone Sejak Umur Setahun, Budak Perempuan Alami 900 Darjah Rabun Jauh!

Capture 42

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.