Pada tahun lepas, pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah memuat naik respon mereka kepada kertas soalan Bahasa Inggeris yang dikatakan mencabar mengenai seorang gadis yang aktif dalam sukan luncur iaitu Sarah.
Perkara ini kembali hangat pada tahun ini apabila calon-calon SPM 2019 telah memuat naik komen mereka terhadap soalan subjek Bahasa Inggeris kertas 2 mengenai seorang wanita bernama Melissa yang mempunyai minat dalam aktiviti paragliding.
https://twitter.com/istgfu/status/1192042851258945538?s=20
Kertas soalan tersebut ada menggunakan nama seorang wanita yang dikenali sebagai Melissa yang dikatakan tersangkut selepas gagal mendarat ketika sedang melakukan aktiviti paragliding. Soalan itu juga ada bertanya mengenai perasaan Melissa selepas diselamatkan oleh orang kampung.
Perkara ini menjadi hangat kerana calon-calon SPM 2019 tidak menyangka bahawa watak yang digunakan dalam kertas peperiksaan itu benar-benar wujud. Ye memang wujud.
Mereka telah menjumpai laman Instagram Melissa yang menggunakan nama sebenarnya iaitu @lauramelissawilliams.
Dalam Instagram wanita itu, dia memang ada memuat naik gambarnya yang sedang memegang payung terjun bertarikh 2 Julai yang lalu.
https://www.instagram.com/p/BzafpHBFDf7/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Gambar tersebut telah menerima lebih kurang 6 ribu komen yang mana rata-ratanya komen adalah daripada calon-calon SPM 2019.
“Melissa wujud gais!”
Namun tindakan mengecam Melissa yang dilakukan oleh sebahagian daripada calon SPM 2019 itu, telah mendapat kritikan daripada netizen yang menganggap tindakan itu adalah tidak wajar.
https://twitter.com/MASYlTAH/status/1192010561531203584?s=20
“Kalau betul pun wujud, tak payah lah komen gelakkan dia dekat IG tu”
Tapi sebenarnya admin pun tak berapa nak pasti sama ada wanita ni memang betul-betul Melissa yang dikaitkan dalam kertas soalan atau pun bukan. Kalau betul sekali pun, jangan lah pergi serang IG dia. Bukannya dia buat kertas soalan tu pun.