in

“Siapa buat soalan bangang ni?” – Tajuk Debat Piala Tun Razak 2019 Cetus Kontroversi, Sentuh Isu Al-Quran & Homeseksual Dalam Islam

Piala Tun Razak Debat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 mendapat perhatian ramai selepas Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang telah menarik diri daripada menyertainya.


Menerusi perkongsian Facebook KRIM Hulu Langat, penarikan diri pasukan debat SMAP Kajang ini ialah disebabkan tajuk perdebatan yang dikatakan ‘sangat kontroversial’ iaitu menyentuh soal agama serta homoseksual! Whaat? 

Tahniah SMAP Kajang berprinsip tegas.Telah berlangsung Debat Piala Tun Razak di mana Sekolah Menengah Agama…

Posted by Kelab Remaja ISMA – KRIM Bangi on Monday, October 14, 2019

 

Terbit semula Al-Quran? Tak ada larangan jelas mengenai homoseksual dalam Islam? 

Meskipun akaun Instagram debat Piala Tun Razak sudah dipadam, netizen sempat screenshot soalan/tajuk yang bakal didebatkan di dalam pertandingan tersebut.

Antara soalannya (min terjemahkan dalam BM untuk korang): 

1. Kami percaya bahawa demokrasi sekular dengan komuniti agama yang substansial tidak boleh membenarkan sistem undang-undang yang berasingan untuk komuniti tersebut (eg. Undang-undang Syariah, Canon Law)

2. Dengan diberikan kebolehan untuk menulis semula Al-Quran, TH (Penyokong Usul) sebagai mewakili sarjana Islam sepatutnya menerbitkan semula Al-Quran bagi mengatasi masalah terjemahan yang sering disalah guna oleh pihak radikal.

3. Terdapat bukti kukuh yang dijumpai mengatakan bahawa dalam agama Islam tindakan homoseksual bukan sebuah dosa. Tiada larangan yang jelas dari Tuhan yang mengatakan bahawa perbuatan homoseksual adalah sebuah dosa, sebaliknya hukuman terhadap dosa homoseksual adalah berdasarkan terjemahan ijmak yang mewarisi sikap homophobia.

72806376 2682353785118944 6279892702498652160 N
sumber: facebook

 

KPM ambil tindakan terhadap 2 Ketua Juri 

Sejurus isu ini viral di media sosial, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan dan bakal mengambil tindakan terhadap dua orang Ketua Juri yang dikatakan telah memilih usul tanpa perbincangan atau pandangan awal daripada pihak Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) terlebih dahulu. 

Difahamkan juga, kedua-dua Ketua Juri tersebut merupakan pelajar dari sebuah IPTA dan mereka juga jelas memahami SOP pemilihan tajuk debat tersebut.

Kenyataan MediaTular isu Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Tuesday, October 15, 2019

 

“Benih liberal sudah mula menunjuk berani” 

Rata-rata netizen yang mengikuti isu ini telah mengecam tindakan ketua juri terbabit yang sewenang-wenangnya mengeluarkan tajuk atau usul sedemikian. Perkara ni bukan je sentuh sensitiviti agama tau tapi boleh jugak rosakkan akidah! Nauzubillah… 

Kpm
sumber: facebook

Diharapkan perkara macam ni tak berulang lagi dan pihak sekolah, penganjur mahupun juri sekalipun sensitif dengan isu berkaitan agama, kaum dan politik. Tak pasal-pasal student pulak jadi mangsa. 

Nota: Gambar di atas sekadar hiasan 

Baca: Nak Halalkan LGBT? Lelaki Ini Bagi Cadangan…

Lgbt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.