in

“Sanggup kau bang” – Isteri Dipukul Lepas Suami Didakwa Kantoi ‘Check-In’ Dengan Perempuan Lain

Syaz Ft 2024 06 20T110520.815

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keganasan rumah tangga boleh berlaku kepada mana-mana isi keluarga dan ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

Terbaru, tular sebuah video seorang suami didakwa berlaku curang dengan isterinya namun selepas ‘terkantoi’, dia bertindak memukul isterinya itu dengan sangat teruk.


Artikel berkaitan: “Dia tak nak ceraikan” –  Suami Curang Dengan Pengasuh Anak Sebab Isteri Dah Berisi & Tak Jaga Badan

Artikel berkaitan: [VIDEO] “Saya nampak jubah oren luar bilik” –  Lelaki Thailand Terkejut, Tangkap Isteri Curang Dengan Sami Ketika Keluar Bekerja

@_itsmetrishaa91

CURANG #curangitupilihanbukankesilapan #curangitupilihanbukanpaksaan #curang #portdikson #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #penyondollakiorang

♬ Masing Masing – Encik Senget

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pada jam 3 petang semalam pihaknya mendapat maklumat mengenai video tular berdurasi 0:31 saat di media sosial memaparkan pasangan berusia 37 dan 38 tahun bergaduh di sebuah hotel.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei lalu jam 9.50 pagi di sebuah Hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan dan pergaduhan itu membabitkan sepasang suami isteri.

Susulan pergaduhan itu, mangsa seorang perempuan Melayu cedera di pipi dan sakit di beberapa anggota badan.

Mangsa sudah membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga,” katanya.

Difahamkan, lelaki tersebut bertindak agresif selepas isterinya mendedahkan dia bermalam di sebuah hotel yang terletak di Port Dickson.

Lebih menyedihkan, isteri yang malang itu dikatakan baru sahaja habis berpantang dan terus pergi ke bilik lelaki berkenaan sebelum terjadinya pergaduhan.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.